Judul : LAGENDA YANG PERGI TIDAK KEMBALI
link : LAGENDA YANG PERGI TIDAK KEMBALI
LAGENDA YANG PERGI TIDAK KEMBALI
Mendengar nama SM Salim, sudah pasti mengingatkan kita kepada nyanyiannya. Tidak kiralah lagu itu rancak, berunsur jenaka mahupun penuh dengan kesedihan. Allahyarham pasti membuatkan si pendengar terbuai dengan kemerduan suara serta alunan
melodinya. Itulah kekuatan yang pada legenda tersohor ini. Dianugerahkan darjah kebesaran Tan Sri pada hayatnya, tidak ada keraguan untuknya. Itulah kelayakan yang perlu diberikan kepada insan seni ini yang belayar begitu lama meletakkan
jiwa dan raganya di persada seni ini. Ikuti perjalanan Allahyarham Tan Sri SM Salim
atau nama sebenarnya Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros, 88.
Hilangnya sebutir permata industri seni hiburan tempatan, Allahyarham SM Salim diingati peminat seni tanah air
'Pak lawak' sebelum menyanyi
Umum mengenali Allahyarham sebagai penyanyi yang cukup disegani, namun hakikatnya, anak jati Kg Baru, Kuala Lumpur ini sebenarnya memulakan kerjaya sebagai pelawak.
Allahyarham bersama dua sahabatnya Allahyarham Ibrahim Din dan Allahyarham Jamal Mohd, trio ini sering menghiburkan pendengar menerusi lawak-lawak mereka di corong-corong radio mahupun persembahan pentas.
Memetik kata-kata Jamal Mohd dalam satu carian di internet, “SM Salim ni, tengok muka pun orang dah boleh gelak, baru buka mulut pun orang, bila cakap lagilah gelak...”
Kata-kata itu menggambarkan betapa SM Salim sememangnya seorang yang cukup lawak dan bijak menggunakan lawaknya.
Bersama ketiga-tiga sahabat ini, SM Salim sering diundang menjayakan persembahan pentas sekitar tahun 1950-an.
Tidak pernah mengira jarak dan bayaran, mereka menerima seadanya biarpun adakalanya ia tidak berbaloi buat mereka.
Namun kecintaan mereka dan memegang prinsip mahu memberi hiburan, mereka bertiga tidak pernah endahkan.
Itulah norma yang biasa dilihat pada artis-artis lama. Duit biarpun penting untuk menyara kehidupan, namun ia bukanlah segala-galanya.
Pelawak, Datuk Jamali Shadat menyifatkan biduan negara itu mempunyai kebolehan tersendiri dalam menyampaikan lawak jenaka.
"Lawaknya sangat bersahaja. Ada ragamnya dan punya cara tersendiri.
"Setiap kata-katanya juga lucu selain punya tradisi sendiri," katanya.
Menurutnya, lawak SM Salim akan lebih 'menjadi' sekiranya digandingkan dengan teman seperjuangannya seperti Ibrahim Din dan Jamal Mohd.
"Pastinya, semua orang tak akan kering gusi apabila mendengar lawaknya.
"Bahkan, beliau juga tidak sombong dan memang susah untuk mencari penggantinya," katanya.
Baginya, itulah hiburan paling seronok pada era 1950-an. Peminat akan sentiasa menunggu persembahan mereka sama ada secara live di pentas-pentas kecil mahupun di corong-corong radio.
Tiga sahabat baik ini tidak pernah mengecewakan peminat mereka, malah mereka disambut dengan jeritan dan pekikan ketika mereka keluar dari belakang pentas.
Bagi penyanyi, pelakon dan pelawak, Jalil Hamid juga turut mengakui perkara sama dan menganggap SM Salim adalah seorang yang gemar berseloroh.
"Beliau seorang yang sangat humble dan bukanlah individu yang serius.
"Kadang-kadang, beliau hanya berbual biasa tetapi kata-katanya turut diselitkan dengan gurauan," katanya.
Pun begitu, katanya, biarpun bergurau, setiap kata-katanya itu penuh bermakna.
"Beliau ada kelebihan tersendiri dan bukan hanya bercakap kosong semata-semata.
"Setiap kata-katanya itu walaupun sindiran namun membawa maksud tersirat," katanya.
Tragis kemalangan
Persahabatan SM Salim, Jamal Mohd dan Ibrahim Din diuji begitu utuh. Namun, mereka diuji apabila berlaku kemalangan jalan raya pada tahun 1963 yang mengorbankan isteri SM Salim, Allahyarham Norma Salim bersama seorang lagi sahabat mereka AR Tahir.
Ketika itu, mereka berlima selesai mengadakan persembahan di Pesta Pulau Pinang.
Dalam perjalanan pulang, kereta Morris Minor dipandu Ibrahim Din berusaha mengelak lembu yang tiba-tiba melintas di hadapan mereka yang akhirnya bertembung dengan lori yang datang dari arah bertentangan.
Ketika maut, Norma berumur 28 tahun dan mempunyai lima anak hasil perkongsian hidupnya dengan Salim, manakala Tahir, 39 tahun, ayah kepada lapan anak.
Jenazah Norma disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Tahir di tempat lahirnya, Gopeng, tidak jauh dari tempat kejadian.
Selepas insiden menyayat hati itu, SM Salim benar-benar sedih memandangkan isterinya itu juga tidak hanya sahabat, kekasih malah rakan duet dalam lagu. Pasangan ini sempat merakamkan sebuah lagu iaitu Jangan Marah-marah.
Namun SM Salim menguatkan dirinya untuk aktif semula dalam bidang seni sehingga ke hari ini.
Demikianlah Artikel LAGENDA YANG PERGI TIDAK KEMBALI
Sekianlah artikel LAGENDA YANG PERGI TIDAK KEMBALI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel LAGENDA YANG PERGI TIDAK KEMBALI dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/12/lagenda-yang-pergi-tidak-kembali.html