[KUANTAN] TERATAI RAIKAN MAJLIS BERKHATAN ROHINGYA

[KUANTAN] TERATAI RAIKAN MAJLIS BERKHATAN ROHINGYA - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] TERATAI RAIKAN MAJLIS BERKHATAN ROHINGYA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] TERATAI RAIKAN MAJLIS BERKHATAN ROHINGYA
link : [KUANTAN] TERATAI RAIKAN MAJLIS BERKHATAN ROHINGYA

Baca juga


[KUANTAN] TERATAI RAIKAN MAJLIS BERKHATAN ROHINGYA




Persatuan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat Pahang (Teratai) dengan kerjasama Hospital Pakar KPJ Pahang telah menganjurkan Majlis Khatan Beramai-ramai pagi Sabtu, 17 Disember di sini.

Yang Dipertua Teratai, Datin Sri DiRaja Junaini Kassim yang juga isteri kepada Menteri Besar, hadir ke sini tepat 8.30 pagi bersama-sama beberapa anggotanya, untuk menyempurnakan majlis perasmiannya.

Menyambut ketibaan ialah wakil Pengarah Perubatan hospital ini, Dato’ Dr Khaled Mat Hassan dan Pengurus Operasi, Encik Khairul Hasanain Abdul Hamid yang turut disertai oleh 71 kanak-kanak termasuk 20 anak-anak Rohingya serta ibubapa mereka.




Dalam ucapan perasmiannya, Datin Sri DiRaja Junaini – selain mengalu-alukan kerjasama Hospital Pakar KPJ Pahang ini; turut menyambut baik penyertaan secara percuma anak-anak berkenaan serta anak-anak Rohingya.

Anak-anak Rohingya ini ialah mereka yang menerima pendidikan di Pusat Pembelajaran Rohingya Kuantan, Indera Mahkota 5, Bandar Indera Mahkota kira-kira 5 KM dari sini. Pusat Pembelajaran ini telah beroperasi dua (2) tahun sejak 2014.

“… program ini turut membabitkan anak-anak Rohingya di bandar ini untuk melalui pengalaman berkhatan mengikut cara dan tradisi negara ini seperti kanak-kanak lain,” kata Datin Sri DiRaja Junaini sepertimana dilaporkan oleh Berita Harian.




Majlis berkhatan ini turut dimeriahkan dengan acara bersiram oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Jalan Bukit Ubi dekat sini, selepas kanak-kanak ini diarak dari pintu masuk lobi utama ke kawasan parkir diiringi paluan kompang.



Demikianlah Artikel [KUANTAN] TERATAI RAIKAN MAJLIS BERKHATAN ROHINGYA

Sekianlah artikel [KUANTAN] TERATAI RAIKAN MAJLIS BERKHATAN ROHINGYA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] TERATAI RAIKAN MAJLIS BERKHATAN ROHINGYA dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/12/kuantan-teratai-raikan-majlis-berkhatan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :