Kes rasuah di Sabah: SPRM siasat 8,000 baucar, 12 tan fail

Kes rasuah di Sabah: SPRM siasat 8,000 baucar, 12 tan fail - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kes rasuah di Sabah: SPRM siasat 8,000 baucar, 12 tan fail, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kes rasuah di Sabah: SPRM siasat 8,000 baucar, 12 tan fail
link : Kes rasuah di Sabah: SPRM siasat 8,000 baucar, 12 tan fail

Baca juga


Kes rasuah di Sabah: SPRM siasat 8,000 baucar, 12 tan fail

 | December 1, 2016
SPRM berkata siasatan kini memasuki fasa terakhir dan dijangka siap dalam masa terdekat sebelum kertas siasatan dikemukakan pada Jabatan Peguam Negara.
azam-baki
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menganalisis 8,000 baucar dan fail seberat 12 tan dalam siasatan berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan sebuah agensi kerajaan negeri.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata siasatan kini memasuki fasa terakhir dan dijangka siap dalam masa terdekat sebelum kertas siasatan dikemukakan pada Jabatan Peguam Negara.
SPRM mengambil tempoh sebulan untuk menganalisis baucar pembayaran mulai 2008 hingga 2016.

“Baucar itu diekstrak daripada fail yang mengandungi puluhan ribu dokumen melibatkan dokumen tuntutan pembayaran keseluruhan jabatan kerajaan negeri Sabah.
“Dianggarkan keseluruhan berat fail yang dianalisis dan disemak itu mencecah sehingga 12 tan,” katanya dalam satu kenyataan.

Azam berkata proses siasatan tersebut dilakukan secara teliti dan mendalam bagi melihat pelbagai aspek perundangan dengan penglibatan 137 pegawai SPRM dari Ibu Pejabat, bahagian serta negeri lain.

SPRM, katanya amat serius dalam penyiasatan isu rasuah khususnya yang melibatkan kepentingan rakyat namun memerlukan masa yang mencukupi bagi memastikan semua bukti dapat dikumpul agar tidak wujud sebarang masalah ketika prosiding di mahkamah.

Beliau berkata SPRM mendapat perintah reman ke atas 28 individu melibatkan seorang bekas pengarah, 2 bekas timbalan pengarah, 23 jurutera dan juruteknik serta 2 orang awam yang mempunyai kaitan dengan kes terbabit.

SPRM juga merakamkan percakapan lebih 200 saksi bagi membantu siasatan yang dijalankan sejak 4 Oktober lalu.
Sepanjang tempoh operasi, SPRM turut merampas, menyita serta membekukan harta bernilai kira-kira RM114.5 juta terdiri daripada wang tunai, akaun bank, amanah saham serta aset alih dan tidak alih dalam dan luar negara.
FMT


Demikianlah Artikel Kes rasuah di Sabah: SPRM siasat 8,000 baucar, 12 tan fail

Sekianlah artikel Kes rasuah di Sabah: SPRM siasat 8,000 baucar, 12 tan fail kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kes rasuah di Sabah: SPRM siasat 8,000 baucar, 12 tan fail dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/12/kes-rasuah-di-sabah-sprm-siasat-8000.html

Subscribe to receive free email updates: