Judul : KENYATAAN AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO MENCEKIK DIRI
link : KENYATAAN AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO MENCEKIK DIRI
KENYATAAN AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO MENCEKIK DIRI
KERAJAAN LEBIH BAIK KURANGKAN BERCAKAP, APA YANG BERLAKU KINI IALAH RAKYAT SEMAKIN SUSAH DIBAWAH PEMERINTAHAN KERAJAAN YANG ADA, MENGAPA BUAT KENYATAN BODOH ! - Pak Karamu
Pembangkang tak mampu selesai isu kos sara hidup
KUALA LUMPUR - Pembangkang tidak akan mampu menyelesaikan isu kos sara hidup yang membelenggu kehidupan seharian masyarakat masa kini.
Sebaliknya kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, hanya kerajaan BN yang mampu berusaha mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat.
"Kos sara hidup banyak berkait dengan perkara atau dasar yang diluar kawalan kita. Contohnya bila harga minyak turun, itu bukan keputusan Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri) untuk menurunkan harga minyak. Bila kita hilang RM30 bilion pendapatan negara, kita akan terpaksa mengikat perut.
"Ini sekaligus menambah beban kenaikan kos sara hidup rakyat. Isu kos sara hidup bukan sahaja terkesan di Malaysia, malah seluruh dunia termasuk Singapura, Thailand dan banyak negara lain lagi turut merasai kesannya," katanya ketika ditemui Sinar Online, di sini, hari ini.
Menurutnya lagi, pembangkang tidak mempunyai dasar yang betul-betul mampu untuk menangani kos sara hidup.
"Selain retorik, kita tahu memang dasar yang mereka bentangkan tidak akan mampu selesaikan masalah.
"Kalau mereka katakan nak turunkan harga barang,bagaimana caranya? Di mana duit hendak di cari? Kita kena ingat kita sekarang berada dalam bajet defisit di mana kita tidak mempunyai cukup wang untuk membiayai pembangunan negara.Maka sebab itulah kita berhutang untuk membangunkan negara," jelasnya lagi.
Demikianlah Artikel KENYATAAN AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO MENCEKIK DIRI
Sekianlah artikel KENYATAAN AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO MENCEKIK DIRI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KENYATAAN AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO MENCEKIK DIRI dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/12/kenyataan-ahli-majlis-tertinggi-umno.html