KENAPA SOKONG NAJIB ? RAKYAT KATA SEBAB NAJIB BAGI DUIT !

KENAPA SOKONG NAJIB ? RAKYAT KATA SEBAB NAJIB BAGI DUIT ! - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KENAPA SOKONG NAJIB ? RAKYAT KATA SEBAB NAJIB BAGI DUIT !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KENAPA SOKONG NAJIB ? RAKYAT KATA SEBAB NAJIB BAGI DUIT !
link : KENAPA SOKONG NAJIB ? RAKYAT KATA SEBAB NAJIB BAGI DUIT !

Baca juga


KENAPA SOKONG NAJIB ? RAKYAT KATA SEBAB NAJIB BAGI DUIT !

‘BR1M umpan raih sokongan rakyat’



‘BR1M umpan raih sokongan rakyat’
Mahathir (tengah) bersama Phahrolrazi (kiri) dan Hsiao Leung, ketika Program Bicara Rakyat, kelmarin





ALOR SETAR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa menggunakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai umpan untuk meraih sokongan rakyat bagi memastikan kemenangan BN pada PRU14.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Najib dilihat begitu yakin bahawa pemberian wang tunai itu dapat meraih undi agar rakyat terus menyokong BN.

“Najib (mungkin) percaya, “cash is king” bagi duit cukup, rakyat akan sokong dia,” katanya, ketika berucap pada Program Bicara Rakyat bersama Tun Dr Mahathir Mohamad, di Taman Wira Mergong, kelmarin.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Timbalan Pengerusi PKR Kedah, Gooi Hsiao Leung.

Mahathir berkata, umpan BR1M itu kemungkinan dilihat sebagai usaha meringankan beban kewangan rakyat, namun rakyat tetap menderita akibat pelbagai kenaikan kos sara hidup oleh kerajaan.

“Ketika ini banyak sektor berdepan kekangan perbelanjaan sehingga memberi tekanan kepada rakyat. Sekarang kalau ke hospital, ubat pun kena beli sendiri. Banyak lagi perbelanjaan yang tidak mencukupi, tetapi BR1M yang diberikan,” katanya.

Pengerusi Bersatu itu turut mengingatkan rakyat bahawa pemberian wang BR1M merupakan suatu kesalahan rasuah, dan ia salah di sisi agama dan undang-undang negara.

“Ketika pemerintahan saya, saya tak beri duit, tetapi banyak kebaikan yang kerajaan dahulu berikan melalui sistem jalan raya yang baik, peruntukan untuk sekolah mencukupi, anak-anak diberikan biasiswa dan banyak lagi. Tetapi sekarang rakyat lebih menghargai duit BR1M?” katanya.

Menurutnya, tidak mustahil jumlah pemberian BR1M dinaikkan dari RM500 kepada RM1,200 kerana  Najib percaya ‘umpan’ yang ditaburkan kepada rakyat berkesan.

“Pernah seorang penduduk kampung, apabila ditanya kenapa tidak menyokong Bersatu dan saya, dia jawab, Bersatu tak bagi duit, Najib bagi duit. Inilah kesalahan kita, kita masih terima sedangkan tindakan itu akan merosakkan negara,” katanya.


Demikianlah Artikel KENAPA SOKONG NAJIB ? RAKYAT KATA SEBAB NAJIB BAGI DUIT !

Sekianlah artikel KENAPA SOKONG NAJIB ? RAKYAT KATA SEBAB NAJIB BAGI DUIT ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KENAPA SOKONG NAJIB ? RAKYAT KATA SEBAB NAJIB BAGI DUIT ! dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/12/kenapa-sokong-najib-rakyat-kata-sebab.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :