KELAB UMNO LUAR NEGARA BUKAN SEKADAR KELAB SOSIAL TAPI JURUBICA TANGKIS DAKYAH PEMBANGKANG

KELAB UMNO LUAR NEGARA BUKAN SEKADAR KELAB SOSIAL TAPI JURUBICA TANGKIS DAKYAH PEMBANGKANG - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KELAB UMNO LUAR NEGARA BUKAN SEKADAR KELAB SOSIAL TAPI JURUBICA TANGKIS DAKYAH PEMBANGKANG, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KELAB UMNO LUAR NEGARA BUKAN SEKADAR KELAB SOSIAL TAPI JURUBICA TANGKIS DAKYAH PEMBANGKANG
link : KELAB UMNO LUAR NEGARA BUKAN SEKADAR KELAB SOSIAL TAPI JURUBICA TANGKIS DAKYAH PEMBANGKANG

Baca juga


KELAB UMNO LUAR NEGARA BUKAN SEKADAR KELAB SOSIAL TAPI JURUBICA TANGKIS DAKYAH PEMBANGKANG





Kuala Lumpur – Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa mahu kelab-kelab UMNO luar negara menjadi jurubicara hal-hal negara terutamanya yang berkaitan dengan perjuangan bangsa dan bukannya semata-mata hanya sebagai satu kelab sosial atau kelab biasa.

Justeru beliau berharap ahli Kelab UMNO luar negara memainkan peranan yang lebih aktif dan menyeluruh bagi mengelakkan mahasiswa di luar negara terpengaruh dengan dakyah dan propaganda pembangkang yang cuba memburukkan negara.

Menurutnya ahli kelab UMNO mampu menangkis dakyah pembangkang kerana mereka boleh mempengaruhi golongan pelajar yang merupakan kalangan orang muda.

“Saya mengharapkan kelab-kelab UMNO yang ada sekarang ini, selain daripada menjalankan tugas menjaga kebajikan pelajar Malaysia di luar negara, mereka hendaklah juga menjunjung tinggi dan menyambung aspirasi serta mendukung falsafah UMNO itu sendiri kerana mereka adalah pemimpin masa hadapan.

“Misalnya jika ada dalam kalangan generasi muda yang tersasar dari segi kefahaman dalam urusan kenegaraan dan sebagainya, mereka adalah orang yang terbaik untuk membetulkannya,” katanya selepas mesyuarat bersama anggota Kelab UMNO Luar Negara sempena Perhimpunan Agung UMNO, di sini semalam.

Pada masa ini terdapat sebanyak 80 buah kelab UMNO luar negara iaitu di United Kingdom, Ireland, Indonesia, Mesir, Australia, Amerika Syarikat, New Zealand, Jerman, Rusia, Jepun, Jordan, Kanada, Korea Selatan, Pakistan dan Perancis.

Annuar berkata anggota kelab juga mampu berbahas dan memberi jawapan tentang pelbagai isu yang dibangkitkan di Malaysia seperti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana mereka juga merasai cukai seumpama itu melalui Cukai Nilai Tambah (VAT) di luar negara.

“Saya hendak tengok lebih ramai orang muda bangkit dan mempertahankan kerajaan,” katanya sambil menambah kata anggota kelab hendaklah sentiasa mengikuti perkembangan politik semasa negara supaya mereka mudah membantu orang muda memahami isu.

“Dalam dunia tanpa sempadan ini, kalau mereka di England sekalipun bukan bermakna mereka tidak boleh perjuangkan apa yang ada di Malaysia…semuanya kini berada di hujung jari,” katanya.

Katanya anggota kelab boleh berkongsi informasi dan pandangan mereka mengenai negara, tanpa batas melalui laman sosial seperti Facebook, Twitter atau platform media sosial yang lain.




Demikianlah Artikel KELAB UMNO LUAR NEGARA BUKAN SEKADAR KELAB SOSIAL TAPI JURUBICA TANGKIS DAKYAH PEMBANGKANG

Sekianlah artikel KELAB UMNO LUAR NEGARA BUKAN SEKADAR KELAB SOSIAL TAPI JURUBICA TANGKIS DAKYAH PEMBANGKANG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KELAB UMNO LUAR NEGARA BUKAN SEKADAR KELAB SOSIAL TAPI JURUBICA TANGKIS DAKYAH PEMBANGKANG dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/12/kelab-umno-luar-negara-bukan-sekadar.html

Subscribe to receive free email updates: