Judul : JIKA PAS BERUNDING DENGAN BERSATU SAMALAH JUGA BERUNDING DENGAN PAKATAN HARAPAN
link : JIKA PAS BERUNDING DENGAN BERSATU SAMALAH JUGA BERUNDING DENGAN PAKATAN HARAPAN
JIKA PAS BERUNDING DENGAN BERSATU SAMALAH JUGA BERUNDING DENGAN PAKATAN HARAPAN
Bersatu teruskan rundingan dengan Pas
Muhyiddin Yassin. - Foto Sinar Harian
PETALING JAYA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih meneruskan rundingan bersama Pas sehingga satu tempoh peringkat masa bagi memastikan parti Islam itu dapat bersama-sama pakatan pembangkang bagi menghadapi PRU14 akan datang.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya telah memulakan perbincangan dengan Pas sebelum mesyuarat berhubung kerjasama dengan Pakatan Harapan berlangsung dan usaha bagi rundingan tersebut akan diteruskan selepas ini.
“Saya telah maklumkan kepada semua pimpinan Pakatan Harapan berhubung rundingan dengan Pas yang telah dimulakan sebelum mesyuarat berhubung kerjasama ini berlangsung.
“Dan menerusi perbincangan itu, kita (Bersatu) masih boleh meneruskan pertemuan dan perbincangan dengan Pas sehingga satu peringkat masa,” katanya ketika sidang media yang berlangsung di Ibu Pejabat PKR, hari ini.
Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan bahawa parti itu masih berada dalam peringkat perbincangan berhubung kerjasama dengan Bersatu selepas ini.
Dalam pada itu, Muhyiddin memaklumkan bahawa pihaknya sentiasa positif bahawa rundingan Bersatu dan Pas akan memberi implikasi baik buat pembangkang.
“Walaupun di luar perbincangan, beliau (Tuan Ibrahim) seolah telah menolak kerjasama tersebut, namun kita percaya keputusan yang terhasil di meja rundingan akan memberikan keputusan positif
"Lagipun masih belum ada kenyataan rasmi daripada Pas untuk menolak rundingan ini,”katanya.
Menyentuh mengenai pembahagian kerusi, Muhyiddin memaklumkan bahawa sebagai pendatang baru, Bersatu mengharapkan parti dalam Pakatan Harapan dapat menyumbangkan kerusi bagi memberi ruang untuk mereka bertanding.
Tambahnya, perbincangan-perbincangan berhubung perkara itu akan diteruskan selepas ini dan semua pihak perlu maufakat dalam dalam apa jua keadaan.
“Sebagaimana yang disebut dalam perjanjian itu, kita akan adakan rundingan lagi selepas ini dan jawatankuasa teknikal juga akan dibentuk.
“Perkara asas yang kita persetujui adalah keboleh menangan dan jika itu dapat dijadikan asas, kami mengharapkan akan sampai di satu tahap di mana semua pihak akan berpuas hati,” katanya.
Demikianlah Artikel JIKA PAS BERUNDING DENGAN BERSATU SAMALAH JUGA BERUNDING DENGAN PAKATAN HARAPAN
Sekianlah artikel JIKA PAS BERUNDING DENGAN BERSATU SAMALAH JUGA BERUNDING DENGAN PAKATAN HARAPAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel JIKA PAS BERUNDING DENGAN BERSATU SAMALAH JUGA BERUNDING DENGAN PAKATAN HARAPAN dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/12/jika-pas-berunding-dengan-bersatu.html