Judul : JADI DEDALU JUGA KE ? NANTI JANGAN GADOH YEK ?
link : JADI DEDALU JUGA KE ? NANTI JANGAN GADOH YEK ?
JADI DEDALU JUGA KE ? NANTI JANGAN GADOH YEK ?
BUKAN KE LEBIH BAIK BUBAR SAHAJA BERSATU DAN MASUK PKR ! ITU LEBIH SELAMAT. KEBETULAM PAS MASIH ADA PERTALIAN DENGAN PKR, SOAL JUMLAH KERUSI BOLEH BINCANG. SEMENTARA PAS KENA CATUR BALIK KEDUDUKANNYA DENGAN PKR. ATAU YANG LEBIH BAIK JIKA PAS TARIK DIRI SAHAJA DARI BERHUBUNG DENGAN PKR ? KE ? ATAU MACAM MANA ? NAMPAKNYA ADA SEMACAM PERANGKAP STRATIGIK POLITIK DISITU ?
JIKA DISEBABKAN BARU MAKA PAN JUGA PERLU MENGGUNAKAN LAMBANG DAP, AMCAM OK KE ? SENANG NAIK ROKET, BOLEH FREE KOT ! - Pak Karamu
Sokong Bersatu tanding PRU14 guna logo PKR
Nik Nazmi
SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyambut baik cadangan Ahli Parlimen Gopeng agar Pakatan Harapan dan Bersatu menggunakan logo PKR sebagai simbol bersama pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.
Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ini berikutan Pakatan Harapan sendiri dan Bersatu merupakan entiti politik yang boleh dianggap baharu.
“Penggunaan logo PKR adalah kritikal kerana ia merupakan logo yang paling mudah diterima serta membolehkan rakyat memilih sebuah alternatif yang dikenali.
“Selain itu, simbol Keadilan serta ideologi parti ini melambangkan kepelbagaian di dalam masyarakat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Sementara itu, cadangan menggunakan satu logo itu turut mendapat sokongan dari pemimpin lain seperti bekas Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S.Arutchelvan dan juga Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Tambahnya lagi, penggunaan satu logo itu penting kerana rakyat perlu diyakinkan bahawa Pakatan Harapan dan Bersatu adalah satu kerjasama politik yang mantap.
“Matlamat gabungan ini adalah untuk menyelamatkan negara ini daripada kerakusan pentadbiran Barisan Nasional (BN) dan membentuk masa depan Malaysia yang lebih baik.
“Oleh itu, kita harus jelas dengan teras ini dan bekerjasama untuk meyakinkan rakyat bahawa kita boleh mendapatkan konsensus ini,” katanya lagi.
Demikianlah Artikel JADI DEDALU JUGA KE ? NANTI JANGAN GADOH YEK ?
Sekianlah artikel JADI DEDALU JUGA KE ? NANTI JANGAN GADOH YEK ? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel JADI DEDALU JUGA KE ? NANTI JANGAN GADOH YEK ? dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/12/jadi-dedalu-juga-ke-nanti-jangan-gadoh.html