Judul : ISLAM MALAYSIA PANDAI TUDUH ORANG, MACAM WAHABI ATAU DAH MASUK WAHABI
link : ISLAM MALAYSIA PANDAI TUDUH ORANG, MACAM WAHABI ATAU DAH MASUK WAHABI
ISLAM MALAYSIA PANDAI TUDUH ORANG, MACAM WAHABI ATAU DAH MASUK WAHABI
Jangan polemikkan mazhab
Idris Ahmad - Foto sumber internet
SHAH ALAM - Pas tetap berpegang kepada mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, Pas pernah memecat ahli yang menganut fahaman Syiah kerana ia boleh bawa kepada perpecahan dalam parti.
Menurutnya, Pas menolak fahaman membid’ahkan orang lain, sehingga timbul perpecahan dan perbalahan masyarakat.
“Di dalam politik antarabangsa, Pas punyai pandangan tersendiri berdasarkan ilmu. Pas tidak tunduk kepada Saudi atau Iran. Malah, Pas bersahabat kebenaran dan tidak termakan budi dengan mana-mana negara dan mana-mana pihak serta bebas menyuarakan pandangan,’ katanya.
Beliau mengulas polemik selepas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir ke Muktamar Tahunan Perpaduan Ummah ke-30 di Tehran, Iran.
Idris berkata, sudah lama Pas dituduh membela Syiah dan kepimpinan ulama didakwa terpengaruh dengan ajaran Syiah.
"Ketika Perang Teluk antara Iraq dan Iran, Pas menyebelahi Iran, walaupun seluruh dunia Arab bela Iraq, kerana Iraq itu Arab dan Sunni. Lagi Pas dituduh Syiah.
“Sunni tidak mudah jadi Syiah. Syiah tidak mudah jadi Sunni. Tak guna bangkitkan perkara dibincangkan sekian lama.
“Serba tidak kena kalau Abdul Hadi buat. Kehadiran beliau bukan perkara baru. Sudah 30 tahun program ini berjalan, anjuran Kerajaan Iran dihadiri ulama Sunni dan Syiah. Kenapa tahun ini jadi polemik?," soalnya.
Demikianlah Artikel ISLAM MALAYSIA PANDAI TUDUH ORANG, MACAM WAHABI ATAU DAH MASUK WAHABI
Sekianlah artikel ISLAM MALAYSIA PANDAI TUDUH ORANG, MACAM WAHABI ATAU DAH MASUK WAHABI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel ISLAM MALAYSIA PANDAI TUDUH ORANG, MACAM WAHABI ATAU DAH MASUK WAHABI dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/12/islam-malaysia-pandai-tuduh-orang-macam.html