IKRAR DAN JANJI TERBATAL KERANA SESUATU ? OPO BENER ?

IKRAR DAN JANJI TERBATAL KERANA SESUATU ? OPO BENER ? - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul IKRAR DAN JANJI TERBATAL KERANA SESUATU ? OPO BENER ?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : IKRAR DAN JANJI TERBATAL KERANA SESUATU ? OPO BENER ?
link : IKRAR DAN JANJI TERBATAL KERANA SESUATU ? OPO BENER ?

Baca juga


IKRAR DAN JANJI TERBATAL KERANA SESUATU ? OPO BENER ?

JIKA BENARLAH BERITA DARI MUKHRIZ INI MAKA KITA DAPAT MENILAI DIANTARA YANG HAK DAN YANG BATIL DARI PENGARUH HARTA BENDA, DI ZAMAN FIRAUN, NABI MUSA BERHADAPAN DENGAN AMALAN YANG HAK DAN YANG BATIL, DARI PENGARUH FIR'AUN YANG MENGGUNAKAN HARTA BENDA UNTUK TUJUAN MENGEKALKAN KUASA DAN PENGARUH, YANG AKHIRNYA TUHAN TENGGELAMKAN FIR'AUN DAN PENGIKUT-PENGIKUTNYA KE DALAM LAUT,                  

ZAMAN SEKARANG CIRI-CIRI CARA HIDUP ZAMAN FIR'AUN BERULANG BERLAKU DIDALAM KEHIDUPAN MANUSIA, DAN IA TERUS BERLAKU DISEPANJANG ZAMAN, DAN KITA DAPAT MEMAHAMI BAHAWA MANUSIA RUPANYA AKAN KALAH DENGAN JANJI NASIHAT YANG KITA TIDAK TAHU APA AKHIRNYA YANG TELAH DIJANJIKAN KEPADA MEREKA YANG MENYEBABKAN TERBATALNYA IKRAR YANG DIBUAT SEHINGGAKAN ORANG YANG BERIKRAR DENGAN MUDAH MEMBATALKAN JANJINYA, INILAH KEADAAN MANUSIA DI AKHIR ZAMAN - Pak Karamu                                                                
KJ hantar surat letak jawatan?




Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin



ALOR SETAR - Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendedahkan bahawa Khairy Jamaluddin Abu Bakar pernah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, peletakan jawatan itu dibuat kerana Ketua Pemuda Umno itu tidak bersetuju dengan penjelasan yang diberikan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion pada tahun lalu.

“Pada tahun lepas, salah seorang kenalan kita menjemput saya untuk berjumpa dengan KJ secara sulit di rumahnya, kira-kira jam 11.30 malam. Saya pergi sendiri ke rumah dia, berjumpa tiga orang sahaja dan ada saksi.

“Perjumpaan itu kononnya untuk menyatukan kami berdua kerana kami dilihat pemimpin-pemimpin muda dalam Umno yang walaupun nampak sebelum ini bertentangan, tapi dalam hal menyelamatkan Umno ketika itu dia ingat kami berdua mungkin boleh lakukan suatu menggerakkan ahli-ahli di peringkat akar umbi khususnya orang muda untuk menolak kepimpinan Najib,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ceramah perdana sempena majlis perasmian ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kedah oleh Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Stargate, di sini, kelmarin.

Menurutnya, pengakuan daripada KJ itu dibuat dengan alasan tidak mempercayai langsung alasan yang diberikan perdana menteri mengenai isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion.

“Dia kata kepada saya, alasan-alasan yang diberikan langsung tak masuk akal dan macam memperbodohkan rakyat. Kemudian mengenai RM2.6 bilion, dia kata pak Arab ini bukan semuanya kaya termasuklah putera-putera raja pun. Jadi pilihlah yang mana tak kaya, bagi RM10 atau RM20 juta, suruh dia mengaku kononnya dia bagi RM2.6 bilion kepada Najib, selesailah.

“Itu kata-kata KJ kepada saya dan dia yakin perkara itu berlaku. Bukan setakat itu sahaja, dinyatakan bahawa dia sudah bersedia untuk letak jawatan kerana sudah tak tahan membela seorang pemimpin yang dia tahu salah guna kuasa. Kami memang sependapat mengenai masalah yang dibawa ke dalam Umno oleh presiden sendiri,” katanya.

Mukhriz berkata, maklumat yang beliau terima akhirnya KJ memang sudah menyerahkan surat peletakan jawatan Menteri Belia dan Sukan kepada Najib dan mungkin melibatkan juga jawatan Ketua Pemuda Umno.

“Tetapi saya difahamkan Najib suruh (Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad) Zahid Hamidi pujuk KJ dengan apa-apa tawaran yang saya tak pasti, sehingga akhirnya KJ tarik balik surat peletakan jawatan itu.

“Ini membuktikan bahawa apa yang dia sebut dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) baru-baru ini kononnya dia sokong tak berbelah bahagi memang ayat Umno. Kononnya orang sangka dia itu jahat, tengok Mukhriz pun dah tinggal Umno. Hanya dia yang kekal, maka dia lah orang yang baik-baik kononnya,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai PAU 2016, Mukhriz mengakui berasa janggal dan pelik apabila buat kali pertama tidak menghadirinya pada kali ini.

“Saya nak buat pengakuan memang benar dakwaan mereka bahawa ada musuh dalam selimut, dalam Umno sebab mereka sebenarnya orang-orang Bersatu.  Saya nak sentuh mengenai PAU ini kerana kita nak balas balik apa yang mereka bangkitkan itu,” katanya.


Demikianlah Artikel IKRAR DAN JANJI TERBATAL KERANA SESUATU ? OPO BENER ?

Sekianlah artikel IKRAR DAN JANJI TERBATAL KERANA SESUATU ? OPO BENER ? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel IKRAR DAN JANJI TERBATAL KERANA SESUATU ? OPO BENER ? dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/12/ikrar-dan-janji-terbatal-kerana-sesuatu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :