Judul : [BENTONG] TIADA KES KERETA KABEL GENTING PUTUS
link : [BENTONG] TIADA KES KERETA KABEL GENTING PUTUS
[BENTONG] TIADA KES KERETA KABEL GENTING PUTUS
Pihak polis hari ini mengesahkan tiada sebarang kejadian tali kereta kabel Sky Way Genting terputus di Genting Highlands yang dilapor mengorbankan ramai orang seperti yang tersebar di laman sosial.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor ketika dihubungi Bernama berkata tiada sebarang kejadian berkenaan berlaku di pusat peranginan terkemuka itu.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Morni Mamat turut mengesahkan pihaknya tidak menerima laporan seperti yang diviralkan di laman sosial Facebook itu.
"Gambar yang diviralkan itu adalah gambar yang lama dan bukan kejadian baru," katanya.
Sejak beberapa hari lepas, tersebar di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp mengatakan terdapat kereta kabel yang terputus tali dan mengorbankan seramai 17 orang.
Demikianlah Artikel [BENTONG] TIADA KES KERETA KABEL GENTING PUTUS
Sekianlah artikel [BENTONG] TIADA KES KERETA KABEL GENTING PUTUS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [BENTONG] TIADA KES KERETA KABEL GENTING PUTUS dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/12/bentong-tiada-kes-kereta-kabel-genting.html