Anwar Gembira PAKATAN HARAPAN Dan BERSATU Bekerjasama

Anwar Gembira PAKATAN HARAPAN Dan BERSATU Bekerjasama - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anwar Gembira PAKATAN HARAPAN Dan BERSATU Bekerjasama, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anwar Gembira PAKATAN HARAPAN Dan BERSATU Bekerjasama
link : Anwar Gembira PAKATAN HARAPAN Dan BERSATU Bekerjasama

Baca juga


Anwar Gembira PAKATAN HARAPAN Dan BERSATU Bekerjasama



Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik pembabitan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam kerjasama secara rasmi dengan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Menyifatkan ia sebagai "perkembangan positif" Anwar berkata parti yang terbabit kini harus berusaha mengenal pasti dasar bersama.

"Kita mengalu-alukan dan ia merupakan satu perkembangan positif… Kita perlu bekerjasama dalam mengenal pasti dasar (untuk bekerjasama),” katanya.

Semalam ketiga-tiga parti dalam HARAPAN - PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) - serta BERSATU menandatangani perjanjian bersama untuk memastikan BN ditentang melalui formula satu lawan satu pada pilihan raya umum akan datang.

Empat parti itu turut menandatangani tujuh perkara lain dalam kerangka kerjasama berkenaan.

Mereka juga setuju meneruskan perbincangan dengan parti yang masih belum menandatangani perjanjian tersebut bagi memastikan hanya satu calon mewakili pembangkang bagi menghadapi BN.

PKR diwakili oleh presidennya, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, manakala AMANAH diwakili Mohamad Sabu.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin menandatangani perjanjian itu bagi pihak parti masing-masing.

Keempat-empat parti itu akan menubuhkan sebuah jawatankuasa teknikal bersama untuk membincangkan pembahagian kerusi dan manifesto bersama.

Ia dianggap penting kerana membawa kepada pembentukan gabungan pembangkang yang lebih tersusun bagi berdepan BN walaupun kedudukan PAS masih menjadi persoalan.

Lebih daripada itu ia juga menjadi detik baru kepada pembangkang apabila Anwar menerima bekas seteru ketatnya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Di Mahkamah Persekutuan hari ini, Anwar gagal dalam permohonannya supaya sabitan hukuman penjara ke atasnya disemak semula.



Demikianlah Artikel Anwar Gembira PAKATAN HARAPAN Dan BERSATU Bekerjasama

Sekianlah artikel Anwar Gembira PAKATAN HARAPAN Dan BERSATU Bekerjasama kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anwar Gembira PAKATAN HARAPAN Dan BERSATU Bekerjasama dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/12/anwar-gembira-pakatan-harapan-dan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :