ADA YANG MEMBUAT RAMALAN PAKATAN HARAPAN HANYA TINGGAL DAP DAN PAN SAHAJA

ADA YANG MEMBUAT RAMALAN PAKATAN HARAPAN HANYA TINGGAL DAP DAN PAN SAHAJA - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ADA YANG MEMBUAT RAMALAN PAKATAN HARAPAN HANYA TINGGAL DAP DAN PAN SAHAJA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ADA YANG MEMBUAT RAMALAN PAKATAN HARAPAN HANYA TINGGAL DAP DAN PAN SAHAJA
link : ADA YANG MEMBUAT RAMALAN PAKATAN HARAPAN HANYA TINGGAL DAP DAN PAN SAHAJA

Baca juga


ADA YANG MEMBUAT RAMALAN PAKATAN HARAPAN HANYA TINGGAL DAP DAN PAN SAHAJA


Pas tetap mahu jaga kuasa
Pas

SHAH ALAM - Pas Selangor akan terus mengadakan kerjasama dengan PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) demi menjaga kemaslahatan kuasanya di negeri ini walaupun hubungan mereka dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP tidak seindah seperti dahulu.

Penganalisis Politik, Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, Pas diramalkan akan terus bekerjasama khususnya dengan PKR berikuran parti itu juga dilihat masih sayang dan menerima Pas walaupun mereka berada dalam keadaan tersepit.

“PKR tahu Pas juga sebuah parti yang kuat di Selangor dan disebabkan itu mereka sehingga kini ingin terus menjalinkan kerjasama.

“Walaupun hubungan itu tidak direstui Amanah dan DAP, namun mereka juga terpaksa demi menjaga hubungan dan kuasa yang dibina dengan Pas sejak dua pilihan raya lalu sekali gus mentadbirkan Kerajaan Selangor,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad yang mengakui Pas Selangor tiada masalah untuk mengadakan program bersama PKR dan Bersatu.

Katanya lagi, setakat ini sudah dua program ceramah umum Pas Selangor turut disertai penceramah dari PKR dan Bersatu.

Ahmad Marthada yang juga Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, terdapat segelintir pihak melabelkan Pas Selangor seakan-akan gila kuasa apabila meneruskan kerjasama dengan dua parti itu walaupun Pas pusat sudah menyatakan pendirian mereka yang berbeza dalam konteks kerjasama dengan Pakatan Harapan.

“Saya nampak Pas Selangor sebenarnya bukan gila kuasa sebaliknya mereka berkehendakkan kuasa memandangkan mereka sudah bekerja keras untuk membina sebuah kerajaan di negeri ini dengan lain-lain parti.

“Untuk menjaga kuasa mereka, hubungan itu perlu dikekalkan dengan parti yang masih menghormati dan menerima Pas,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut meramalkan Pas Selangor akan meneruskan kerjasama dengan kedua-dua parti itu pada PRU14 walaupun kerjasama itu bukan secara rasmi.


Demikianlah Artikel ADA YANG MEMBUAT RAMALAN PAKATAN HARAPAN HANYA TINGGAL DAP DAN PAN SAHAJA

Sekianlah artikel ADA YANG MEMBUAT RAMALAN PAKATAN HARAPAN HANYA TINGGAL DAP DAN PAN SAHAJA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ADA YANG MEMBUAT RAMALAN PAKATAN HARAPAN HANYA TINGGAL DAP DAN PAN SAHAJA dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/12/ada-yang-membuat-ramalan-pakatan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :