20 wakil rakyat dapat khidmat syarikat perunding Saiful Bukhari

20 wakil rakyat dapat khidmat syarikat perunding Saiful Bukhari - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 20 wakil rakyat dapat khidmat syarikat perunding Saiful Bukhari, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 20 wakil rakyat dapat khidmat syarikat perunding Saiful Bukhari
link : 20 wakil rakyat dapat khidmat syarikat perunding Saiful Bukhari

Baca juga


20 wakil rakyat dapat khidmat syarikat perunding Saiful Bukhari

Malaysiakini 1/12/16

Selepas melalui pelbagai episod hitam dalam hidupnya, kini bekas pembantu politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan berjinak-jinak dalam dunia perniagaan serta perundingan media dan politik.

Saiful yang ditemui di gerai miliknya dan isteri, Nik Suryani Megat Deraman sempena Perhimpunan Agung Umno, di ibu negara, memberitahu, perniagaan mereka kini berusia dua tahun.

Menamakan perniagaan mereka Nang Surya sempena nama isterinya, Saiful sebagai pengasas bersama memberitahu bahawa agensi perundingannya itu telah menerima kira-kira 20 orang klien terdiri daripada wakil rakyat sejak ia dibuka.

Malah, Saiful turut memberitahu agensinya itu menerima klien tanpa mengira parti.
"Memandangkan ia masih baru, jadi kira-kira 20 orang. (Ia terdiri dari) wakil rakyat.
"Wakil rakyat dari dua-dua parti. Kita tidak mengira parti (dwipartisan)," katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara.

Saiful tidak mendedahkan nama pelanggan-pelangganya itu.
Saiful turut memberitahu, berbekal pengalaman isterinya dalam industri media selama 15 tahun, perkhidmatan yang ditawarkan antaranya bagaimana untuk menjawab soalan provokatif daripada wartawan.

"Isteri saya mempunyai pengalaman selama 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Dan dia juga buat latihan contohnya untuk golongan terkenal.
"Kita juga beri khidmat perundingan tentang macam mana nak buat sidang media, memberikan kenyataan, bagaimana untuk jawab soalan provokatif dari wartawan.

"Kita ada pasukan penyelidikan yang bekerjasama dengan universiti, profesor dan pekerja sambilan. Pada masa sama kita juga sediakan khidmat bancian. Kita buat bancian di kawasan tertentu dan buat penyelidikan dan kaji apakah sentimen akar umbi ," kata Saiful lagi.

Nik Suryani kongsi pengalaman 15 tahun
Isterinya, Nik Suryani, pernah berkhidmat sebagai wartawan dan pembaca berita TV3.

Menurut Nik Suryani yang setia berada di sisi Saiful pula, mereka turut menyediakan khidmat cara-cara untuk memberikan jawapan kepada pemberita, termasuk cara duduk ketika berada dalam sidang media.
"Pengalaman saya dah 15 tahun, jadi kita juga ada beritahu bagaimana cara nak duduk. Dan (beritahu) apa yang wartawan nak.

"Walaupun (jawapan) pendek tapi ayat yang betul-betul, tak payah meleret. Jadi dari segi itulah (perkhidmatan yang disediakan)," katanya sambil tersenyum.
Saiful ialah pengadu dalam kes Liwat II terhadap Anwar yang disabitkan bersalah dan sedang menjalani hukuman lima tahun penjara di Sungai Buloh.

Anwar menafikannya dan mendakwa terdapat konspirasi politik dalam pendakwaan terhadapnya.


Demikianlah Artikel 20 wakil rakyat dapat khidmat syarikat perunding Saiful Bukhari

Sekianlah artikel 20 wakil rakyat dapat khidmat syarikat perunding Saiful Bukhari kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 20 wakil rakyat dapat khidmat syarikat perunding Saiful Bukhari dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/12/20-wakil-rakyat-dapat-khidmat-syarikat.html

Subscribe to receive free email updates: