USTAZ KAZIM KEMUDI APA CERITA KOME

USTAZ KAZIM KEMUDI APA CERITA KOME - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul USTAZ KAZIM KEMUDI APA CERITA KOME, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : USTAZ KAZIM KEMUDI APA CERITA KOME
link : USTAZ KAZIM KEMUDI APA CERITA KOME

Baca juga


USTAZ KAZIM KEMUDI APA CERITA KOME


Ustaz Kazim kemudi Apa Cerita Kome


Pendakwah bebas terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias sekali lagi diberi kepercayaan oleh TV AlHijrah untuk mengemudikan sebuah program baharu, Apa Cerita Kome yang bersiaran setiap Isnin dan Selasa, jam 9 malam.

Program yang berbentuk edutainment ini merupakan kuliah agama yang disampaikan dengan gaya santai bagi memudahkan pengisiannya difahami dan diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat.

Ustaz Kazim yang sebelum ini pernah mengendalikan program 30 Minit Bersama Ustaz Kazim Elias sememangnya cukup dikenali dengan gaya ceramahnya yang bersahaja menggunakan pendekatan talaqi berkitab dalam mengupas tajuk perbincangan bersama penonton.

Kitab Muhimmah dan Mawa’idz al Badi’ah menjadi rujukan utama Ustaz Kazim dalam setiap episod rakaman yang dijalankan di beberapa tempat iaitu di Pusat Pengajian Al-Barakah, Masjid Annur Batu 8 Ulu Kinta Perak dan juga di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir.

Antara pengisian dan kupasan tajuk perbincangan dalam program ini adalah berkisar mengenai adab kekeluargaan, hubungan suami isteri, kelebihan dan kekurangan dalam sebuah rumah tangga.

Sesuai dengan nama program, Ustaz Kazim yang turut dikenali kerana gaya humornya ini akan menggunakan loghat Perak sepanjang mengendalikan program agar ia lebih dekat dan berkesan kepada penonton.

Antara tajuk-tajuk menarik yang diketengahkan sepanjang 16 episod siaran ini adalah Status Suami Isteri, Kasih Suami, Kewajiban Isteri, Sampai ke Jannah, Adab Lazim Isteri, Kecuaian Suami dan banyak lagi.

Episod pertama yang disiarkan mulai 7 November lalu mendapat respons hangat dari penonton menerusi komen-komen membina di laman sesawang TV AlHijrah dan juga di Facebook.

TV AlHijrah meletak keyakinan program ini ini mampu menjadi satu medium dan landasan untuk umat Islam lebih memahami dan mendalami tentang agama Islam.




Demikianlah Artikel USTAZ KAZIM KEMUDI APA CERITA KOME

Sekianlah artikel USTAZ KAZIM KEMUDI APA CERITA KOME kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel USTAZ KAZIM KEMUDI APA CERITA KOME dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/11/ustaz-kazim-kemudi-apa-cerita-kome.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :