Terbang Lebih 3,000m Kesan Pendaki Hilang

Terbang Lebih 3,000m Kesan Pendaki Hilang - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Terbang Lebih 3,000m Kesan Pendaki Hilang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Terbang Lebih 3,000m Kesan Pendaki Hilang
link : Terbang Lebih 3,000m Kesan Pendaki Hilang

Baca juga


Terbang Lebih 3,000m Kesan Pendaki Hilang



KUALA LUMPUR - Misi mencari dan menyelamat (SAR) dua pendaki Malaysia yang hilang ketika mendaki Gunung Damavand di Iran, kini diteruskan menggunakan helikopter yang mampu terbang sehingga ketinggian melebihi 3,000 meter dari paras laut di pergunungan itu.

Resul Sapar, 55, rakan baik kepada pendaki yang hilang itu, berkata helikopter tersebut akan mencari dua pendaki terbabit di sekitar gunung Damavand dan akan mendarat di bahagian timur untuk menyambung pencarian di daratan.

"Helikopter yang membawa pasukan SAR digunakan untuk mengenal pasti kedua-dua pendaki yang hilang dengan mengambil gambar dari udara untuk dianalisa.

"Pasukan SAR juga diturunkan di atas gunung bagi mencari mereka. Ketika ini misi SAR dipecahkan kepada dua kumpulan yang meneruskan pencarian di kawasan timur dan barat gunung itu," katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini.

Ditanya perkembangan terkini mengenai operasi berkenaan, Resul berkata setakat ini masih tiada perkembangan lain daripada pasukan penyelamat.

Resul berkata setakat ini, cuaca di Iran dilaporkan cerah manakala pasukan SAR yang terlibat dalam misi tersebut terdiri dua pakar pendakian dari Iran.

Dua pendaki itu, Syed Redzuan Syed Salim Shatri, 50, dan Ramli Abd Majid, 34, dilaporkan hilang di gunung berkenaan sejak Ahad lepas, selepas terpisah daripada anggota kumpulan pendaki yang lain.

- Bernama






Demikianlah Artikel Terbang Lebih 3,000m Kesan Pendaki Hilang

Sekianlah artikel Terbang Lebih 3,000m Kesan Pendaki Hilang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Terbang Lebih 3,000m Kesan Pendaki Hilang dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/11/terbang-lebih-3000m-kesan-pendaki-hilang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :