[TEMERLOH] LEPAS LEBIH SEJUTA BENIH IKAN

[TEMERLOH] LEPAS LEBIH SEJUTA BENIH IKAN - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [TEMERLOH] LEPAS LEBIH SEJUTA BENIH IKAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [TEMERLOH] LEPAS LEBIH SEJUTA BENIH IKAN
link : [TEMERLOH] LEPAS LEBIH SEJUTA BENIH IKAN

Baca juga


[TEMERLOH] LEPAS LEBIH SEJUTA BENIH IKAN


Lepas lebih sejuta benih ikan


Jabatan Perikanan negeri berharap pelepasan benih ikan sebanyak lebih sejuta setiap tahun akan meningkatkan populasi ikan air tawar sekali gus memberi manfaat kepada nelayan darat di negeri ini.

Pengarah Perikanan negeri, Datuk Adnan Hussain berkata, pelepasan ikan di kawasan permintaan penduduk itu dilaksanakan dengan peruntukan RM150,000 setiap tahun.

Menurutnya, Jabatan Perikanan negeri melepaskan kira-kira 1.1 juta benih ikan sungai pelbagai jenis bagi tempoh Januari hingga November, tahun ini, di sungai-sungai seluruh negeri bagi meningkatkan lagi populasi ikan sungai di Pahang.

“Jumlah pelepasan benih ikan tahun ini merupakan yang tertinggi berbanding kira-kira 987,000 benih ikan dilepaskan pada tahun lalu. Ini adalah usaha berterusan dilaksanakan jabatan.

"Jumlah pelepasan pada tahun ini menjadi sejarah kepada Jabatan Perikanan Negeri Pahang. Ia ditampung oleh pengeluaran benih ikan di dua pusat pengembangan akuakultur, iaitu di Ulu Cheka, Jerantut dan Bukit Tinggi, Bentong," katanya pada majlis pelepasan benih ikan di Kampung Kuala Tekal, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas negeri, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Adnan memaklumkan, sebanyak 21,000 benih ikan sungai dari jenis lampam, baung dan tengalan dilepaskan ke dalam Sungai Pahang pada majlis itu.

Majlis berkenaan turut menyaksikan empat penternak ikan sangkar menerima bantuan 8,000 benih ikan patin kerana kerugian ditanggung mereka berikutan fenomena el-Nino pada Jun lalu.

"Antara ikan sungai bernilai tinggi dilepaskan jabatan adalah kelah, patin, jelawat, tengalan dan baung. Pelepasan ikan di Kampung Kuala Tekal dibuat atas permintaan penduduk yang juga nelayan sungai.

"Pelepasan benih ikan yang dibuat di Kampung Benom, dua tahun lalu, telah memberi manfaat bukan hanya kepada penduduk Kampung Benom, malah penduduk Kampung Kuala Tekal. Jadi kita harap pelepasan kali ini akan beri faedah kepada penduduk setempat dan meningkatkan populasi ikan sungai di negeri ini," katanya.




Demikianlah Artikel [TEMERLOH] LEPAS LEBIH SEJUTA BENIH IKAN

Sekianlah artikel [TEMERLOH] LEPAS LEBIH SEJUTA BENIH IKAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [TEMERLOH] LEPAS LEBIH SEJUTA BENIH IKAN dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/11/temerloh-lepas-lebih-sejuta-benih-ikan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :