Tabung Haji sembunyi pelaburannya rugi besar

Tabung Haji sembunyi pelaburannya rugi besar - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tabung Haji sembunyi pelaburannya rugi besar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tabung Haji sembunyi pelaburannya rugi besar
link : Tabung Haji sembunyi pelaburannya rugi besar

Baca juga


Tabung Haji sembunyi pelaburannya rugi besar

 ARIF ATAN
 
 
Rafizi Ramli ketika mengadakan sidang media di lobi parlimen hari iniRafizi Ramli ketika mengadakan sidang media di lobi parlimen hari ini


Membidas pihak yang menuduhnya memfitnah Tabung Haji ekoran pendedahan beliau pada Februari lalu, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli sekali lagi membongkar realiti kerugian besar pelaburan institusi tersebut selama ini.

Walaupun berjaya membayar dividen yang dianggap tinggi kepada pendeposit, Rafizi berkata, simpanan bersih baru yang terus bertambah menenggelamkan segala kerugian tersebut.

Menurutnya, Tabung Haji mengalami kekurangan RM3 bilion untuk memulangkan kesemua simpanan berkenaan jika pendeposit mengeluarkan dana simpanan mereka sekaligus pada 31 Disember tahun lalu.

"Analisa penyata pendapatan Tabung Haji bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 menunjukan untung sebenar Tabung Haji setelah mengambil kira susut nilai saham-saham yang menjadi pelaburannya ialah RM450 juta sahaja iaitu keuntungan tahun semasa RM3.535 bilion perlu ditolak susut nilai saham berjumlah RM3.09 bilion.

"Saya juga sangat khuatir apabila analisa pergerakan dana pendeposit menunjukan jumlah simpanan bersih bagi tahun 2015 merosot sebanyak lapan peratus," ujarnya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Walhal, ujarnya, selama enam tahun simpanan bersih bertambah pada purata 22.6 peratus selama enam tahun bermula 2009.

Analisa Rafizi yang juga Setiausaha Agung dan Naib Presiden PKR itu berpandukan keputusan kewangan Tabung Haji bagi tahun terkini iaitu 31 Disember 2015.

Berdasarkan keputusan yang diaudit dan diedarkan Tabung Haji minggu lalu, beliau melengkapkan analisa status kewangan Tabung Haji bagi tempoh lima tahun mulai 2011.

Tujuannya, kata Rafizi, bagi mengenal pasti perubahan simpanan bersih pendeposit serta kemampuan Tabung Haji memulangkan kembali semua wang yang disimpan pendeposit pada akhir tahun lalu jika mereka berbuat demikian.

Mengulas lanjut, beliau menjangkakan Tabung Haji berdepan dengan kadar pengeluaran wang simpanan yang lebih drastik bagi tahun ini ekoran pelbagai pendedahan yang dibuat.

"Saya mengunjurkan Tabung Haji mengalami penguncupan simpanan bersih bagi tahun 2016 yang menyebabkan kedudukan kewangannya lebih lemah bagi tahun ini.

Sehubungan itu, beliau mendesak Najib Razak mengumumkan keputusan interim enam bulan pertama Tabung Haji sehingga 30 Jun 2016 untuk mengesahkan kesemua perkara tersebut dan mencari jalan mengukuhkan kedudukan kewangan Tabung Haji.



Demikianlah Artikel Tabung Haji sembunyi pelaburannya rugi besar

Sekianlah artikel Tabung Haji sembunyi pelaburannya rugi besar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tabung Haji sembunyi pelaburannya rugi besar dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/11/tabung-haji-sembunyi-pelaburannya-rugi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :