SIDANG DUN PAHANG BINA LEBIH 35,362 BUAH RUMAH PR1MA

SIDANG DUN PAHANG BINA LEBIH 35,362 BUAH RUMAH PR1MA - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SIDANG DUN PAHANG BINA LEBIH 35,362 BUAH RUMAH PR1MA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SIDANG DUN PAHANG BINA LEBIH 35,362 BUAH RUMAH PR1MA
link : SIDANG DUN PAHANG BINA LEBIH 35,362 BUAH RUMAH PR1MA

Baca juga


SIDANG DUN PAHANG BINA LEBIH 35,362 BUAH RUMAH PR1MA


KUANTAN - Sehingga 31 Oktober 2016, Kerajaan Negeri Pahang dilaporkan telah meluluskan sebanyak 98 projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA Pahang) dengan anggaran sebanyak 35,362 buah unit rumah.

Kesemua jumlah itu melibatkan 98 projek yang telah dikeluarkan oleh pihak Kerajaan Negeri dan sedang melalui proses dipelbagai peringkat termasuk rumah yang sudah siap, projek dalam pembinaan, Lulus Kebenaran Merancang (KM), dalam proses permohonan Kebenaran Merancang serta kelulusan baru.

Secara tidak langsung, jumlah itu membuktikan bahawa pihak Kerajaan Negeri Pahang memberikan tumpuan sepenuhnya kepada agenda pembangunan perumahan dan sekaligus mendahului Negeri - Negeri lain di Malaysia.

Menurut kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran, Dato' Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail, setakat masalah yang dihadapi oleh pemohon yang ditawarkan pembelian rumah PR1MA Pahang ini adalah kesukaran untuk mendapatkan pinjaman bank.

"Perkara ini berlaku memandangkan pemohon yang menerima tawaran pembelian rumah PR1MA Pahang mempunyai komitmen bulanan yang tinggi dan pendapatan yang rendah.

"Malah terdapat juga kes pembeli yang telah disenaraihitamkan oleh pihak bank disebabkan pinjaman terdahulu yang tidak berbayar,

"Pembeli juga turut menghadapi masalah tidak dapat menyediakan wang baki beza atau deposit kerana pihak institusi kewangan hanya memberikan pinjaman sehingga 90% maksima," katanya.

Kenyataan itu dibuat sewaktu menjawab soalan dari ADUN Pulau Manis, Dato' Haji Khairuddin bin Haji Mahmud didalam sidang Dewan Undangan Negeri Pahang yang berlangsung semalam.

Tambah Dato' Sri Wan Rosdy, pihak Kerajaan Negeri walaubagaimana pun sedar akan kesulitan yang dihadapi dan turut menyediakan alternatif bagi memastikan rakyat di Negeri Pahang ini mampu memiliki rumah mereka sendiri.

"Disebabkan faktor - faktor yang disebut diatas, pihak Kerajaan Negeri turut menyediakan alternatif dengan menawarkan rumah yang lebih rendah harganya melalui program Rumah Makmur yang akan dilaksanakan kelak," jelas beliau lagi.


Demikianlah Artikel SIDANG DUN PAHANG BINA LEBIH 35,362 BUAH RUMAH PR1MA

Sekianlah artikel SIDANG DUN PAHANG BINA LEBIH 35,362 BUAH RUMAH PR1MA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SIDANG DUN PAHANG BINA LEBIH 35,362 BUAH RUMAH PR1MA dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/11/sidang-dun-pahang-bina-lebih-35362-buah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :