Judul : ‘Semua wanita, gadis, tua, muda suka saya’
link : ‘Semua wanita, gadis, tua, muda suka saya’
‘Semua wanita, gadis, tua, muda suka saya’
Tajuddin Abdul Rahman
KUALA LUMPUR - "Kalau saya jahat sangat dan aniaya wanita, tiada siapa akan sokong saya." Demikian reaksi Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengenai penggunaan perkatan 'Kok' olehnya di sidang Dewan Rakyat, Isnin lalu, yang dikecam sebagai seksis.
Tajuddin juga Ahli Parlimen Pasir Salak berkata, beliau tidak mungkin mendapat sokongan di kawasannya jika tanpa golongan wanita.
"Datang ke tempat saya... semua wanita dan gadis, tua dan muda, sangat suka dengan saya. Kalau tak percaya, datanglah ke tempat saya," katanya kepada media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: MCA selar Tajuddin hina Teresa]
Perkataan 'Kok' yang ditujukan kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok itu mendapat bantahan ahli parlimen pembangkang kerana didakwa mempunyai sebutan sama dengan perkataan tidak elok dalam bahasa Inggeris.
Malah, beberapa NGO wanita turut menggesa Tajuddin berhenti mengeluarkan kenyataan berunsur seksis dan meminta maaf kepada Teressa.
Demikianlah Artikel ‘Semua wanita, gadis, tua, muda suka saya’
Sekianlah artikel ‘Semua wanita, gadis, tua, muda suka saya’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel ‘Semua wanita, gadis, tua, muda suka saya’ dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/11/semua-wanita-gadis-tua-muda-suka-saya.html