RUU 355.. ISMAIL MINA TANYA UMNO..

RUU 355.. ISMAIL MINA TANYA UMNO.. - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RUU 355.. ISMAIL MINA TANYA UMNO.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RUU 355.. ISMAIL MINA TANYA UMNO..
link : RUU 355.. ISMAIL MINA TANYA UMNO..

Baca juga


RUU 355.. ISMAIL MINA TANYA UMNO..


SUMBER




BANGI, 3 Safar 1438H, Khamis – Kerajaan tidak seharusnya menangguhkan lagi usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355 daripada dibahaskan pada sidang Dewan Rakyat penggal ini, kata Presiden Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan supaya lebih bersikap serius dalam pelaksanaan undang-undang Islam, khususnya menaik taraf perundangan syariah di Malaysia.


"Ia sudah pun disenaraikan dan kita tidak mahu nanti ada persepsi bahawa apa yang dibawa oleh PAS itu bukan sahaja ditentang oleh bukan Islam, tetapi orang Islam sendiri.

"Malah, kita bimbang akan wujud persepsi bahawa UMNO dan kerajaan yang tidak suka terhadap perundangan syariah dinaik taraf di negara ini. Jadi kita tak perlu tunggu lagi. Segerakan ia supaya boleh dibahaskan bagi penggal kali ini," katanya ketika dihubungi Ismaweb.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kemungkinan usul RUU 355 yang dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak sempat untuk dibahas pada sidang Dewan Rakyat kali ini.

Ia berikutan usul pindaan yang sepatutnya dibahaskan telah diturun daripada senarai nombor 4 kepada nombor 7 di dalam kertas perintah mesyuarat pada sesi terakhir Dewan Rakyat tahun ini.

Mengulas perkara itu, Ismail berkata, kerajaan juga perlu mempertimbangkan untuk meletakkan usul RUU 355 sebagai keutamaan supaya ia dapat segera diputuskan.

"Soal sempat tidak sempat dibuat oleh manusia. Kita yang menentukan sempat atau tidak. Kita faham, usul kerajaan itu perlu didahulukan, tetapi apakah usul kerajaan mahu didahulukan itu tidak boleh ditangguh bagi beri ruang kepada RUU 355 ini. Ia juga adalah ‘urgent' untuk maslahah orang Islam.

"PAS mungkin tidak akan merasa tekanan kerana ‘bola ada di kaki kerajaan'. Kerajaan yang sepatutnya lebih serius dengan perkara ini. Jangan turun, turun nanti terus hilang usul itu.

"Jika kerajaan membiarkan ia ditangguhkan lagi bermakna ia jelas kerajaan tidak serius mahu ia terlaksana. Ia secara tidak langsung memberi kesan kepada mereka," katanya.

Usul itu menjadi kontroversi selepas beberapa pemimpin bukan Islam dari kalangan parti rasis dan cauvinis, DAP termasuk rakan komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA serta MIC menentang dan menyifatkan ia sebagai undang-undang Hudud.

Perkara itu mencetuskan beberapa siri ugutan dari pemimpin MCA dan MIC untuk meletakkan jawatan mereka sekiranya undang-undang itu diluluskan di Parlimen.


Demikianlah Artikel RUU 355.. ISMAIL MINA TANYA UMNO..

Sekianlah artikel RUU 355.. ISMAIL MINA TANYA UMNO.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RUU 355.. ISMAIL MINA TANYA UMNO.. dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/11/ruu-355-ismail-mina-tanya-umno.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :