RAFIZI DIHUKUM PENJARA 18 BULAN

RAFIZI DIHUKUM PENJARA 18 BULAN - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RAFIZI DIHUKUM PENJARA 18 BULAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RAFIZI DIHUKUM PENJARA 18 BULAN
link : RAFIZI DIHUKUM PENJARA 18 BULAN

Baca juga


RAFIZI DIHUKUM PENJARA 18 BULAN




Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli dihukum penjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen hari ini bagi setiap pertuduhan memiliki dan mendedahkan satu halaman muka surat 98 Laporan Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Hakim Zulqarnain Hassan membuat keputusan itu selepas mendapati penjelasan Mohd Rafizi, 39, dalam keterangannya gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. 

Zulqarnain memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak hari ini. 

Dalam penghakiman, Zulqarnain berkata mahkamah mendapati tertuduh memiliki dan mendedahkan halaman 98 itu seperti yang dikemukakan dalam mahkamah sebelum ini. 

Oktober lalu, Mohd Rafizi yang juga Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR memberi keterangan bertulis dari dalam kandang tertuduh. 

Mohd Rafizi didakwa memiliki tanpa kebenaran satu halaman muka surat 98 mengenai Laporan Pengauditan 1MDB yang merupakan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972. 

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di lobi bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, di sini pada 3 petang, 24 Mac lalu, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972 dan boleh dihukum penjara hingga tujuh tahun, jika sabit kesalahan. 

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mendedahkan kandungan laporan tersebut dalam sidang media di tempat dan pada masa sama, 28 Mac lepas, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iv) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, jika sabit kesalahan. 

Bagaimanapun, mahkamah kemudian membenarkan penangguhan bagi membolehkan pihak pembelaan memfailkan rayuan.




Demikianlah Artikel RAFIZI DIHUKUM PENJARA 18 BULAN

Sekianlah artikel RAFIZI DIHUKUM PENJARA 18 BULAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RAFIZI DIHUKUM PENJARA 18 BULAN dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/11/rafizi-dihukum-penjara-18-bulan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :