POLIS TAHAN SUSPEK GANGGUAN SEKSUAL DALAM LRT

POLIS TAHAN SUSPEK GANGGUAN SEKSUAL DALAM LRT - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul POLIS TAHAN SUSPEK GANGGUAN SEKSUAL DALAM LRT, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : POLIS TAHAN SUSPEK GANGGUAN SEKSUAL DALAM LRT
link : POLIS TAHAN SUSPEK GANGGUAN SEKSUAL DALAM LRT

Baca juga


POLIS TAHAN SUSPEK GANGGUAN SEKSUAL DALAM LRT


ditahan gari


Kuala Lumpur - Seorang lelaki tempatan yang didakwa melakukan jenayah gangguan seksual terhadap seorang wanita ketika berada di dalam LRT pada Selasa lepas ditahan oleh Polis Bantuan Prasarana pagi tadi.

Ketua Jabatan Komunikasi Kumpulan dan Pemasaran Strategi Prasarana, Lim Jin Aun berkata lelaki berusia 44 tahun itu ditahan oleh Pasukan Unit Tindakan Khas (SAT) ketika berada di dalam bas Rapid KL laluan dari arah Subang Mewah menuju ke Pasar Seni pada pukul 11.15 pagi.

"Suspek itu telah dibawa ke pejabat SAT untuk proses dokumentasi dan diserahkan kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Lim berkata, pihaknya berterima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan maklumat sehingga tertangkapnya suspek.

Beliau berkata tangkapan dibuat susulan laporan yang dibuat oleh mangsa yang mendakwa telah diganggu seorang lelaki di dalam LRT yang turut mendapat liputan meluas dalam media sosial.

"Rapid KL selaku operator kepada perkhidmatan LRT, Monorel, Bas Rapid Transit (BRT) dan bas di Lembah Klang komited menjamin keselamatan serta keselesaan penumpang," katanya.

Lim berkata, penumpang yang terlihat atau menjadi mangsa jenayah diminta melaporkan segera kepada anggota Polis Bantuan yang bertugas di stesen.

"Kerjasama daripada pengguna amat kami hargai bagi membanteras jenayah di ibu negara khususnya dalam pengangkutan awam," katanya.

Pada 8 November lepas, seorang pengguna laman sosial Facebook yang menggunakan nama Syima Mohamad memuat naik gambar seorang lelaki yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap dirinya ketika berada dalam kesesakan penumpang LRT di stesen Universiti sebelum suspek berkenaan turun di stesen Bangsar.




Demikianlah Artikel POLIS TAHAN SUSPEK GANGGUAN SEKSUAL DALAM LRT

Sekianlah artikel POLIS TAHAN SUSPEK GANGGUAN SEKSUAL DALAM LRT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel POLIS TAHAN SUSPEK GANGGUAN SEKSUAL DALAM LRT dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/11/polis-tahan-suspek-gangguan-seksual.html

Subscribe to receive free email updates: