Judul : Polis serbu pejabat Bersih sehari sebelum demo
link : Polis serbu pejabat Bersih sehari sebelum demo
Polis serbu pejabat Bersih sehari sebelum demo
Pasukan daripada Bukit Aman memberitahu mereka disiasat kerana mengancam demokrasi berparlimen.
Anggota urusetia Mandeep Singh Karpall dalam twit memberitahu pasukan serbuan daripada Bukit Aman turun membuat rampasan di pejabat Bersih.
“Bukit Aman di pejabat kami. Mahu rampas semua barang. Serbuan di bawah 124C,” kata Mandeep pada 3.12 petang tadi.
Seksyen 124C Kanun Keseksaan memperuntukan kesalahan bagi cubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen, dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun.
Peguam daripada Lawyers for Liberty turut berada di lokasi kejadian, menurut Twitter badan itu.
“Serbuan pejabat @bersih2 tidak akan halang #Bersih5. Peguam kami di pejabat Bersih sekarang ini,” kata Lawyersw for Liberty.
Awal petang tadi, The Star melaporkan Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Anthony Loke ditangkap dan dibawa ke Bukit Aman.
Adalah didakwa Anthony dikutip untuk disoal mengenai ucapan di Konvensyen Pakatan Harapan Sabtu lepas.
Beliau ditemani peguam Ramkarpal Singh.
Demikianlah Artikel Polis serbu pejabat Bersih sehari sebelum demo
Sekianlah artikel Polis serbu pejabat Bersih sehari sebelum demo kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Polis serbu pejabat Bersih sehari sebelum demo dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/11/polis-serbu-pejabat-bersih-sehari.html