Polis perlu halang Baju Merah berhimpun

Polis perlu halang Baju Merah berhimpun - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis perlu halang Baju Merah berhimpun, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis perlu halang Baju Merah berhimpun
link : Polis perlu halang Baju Merah berhimpun

Baca juga


Polis perlu halang Baju Merah berhimpun


Polis perlu halang Baju Merah berhimpun
Maria Chin.

PETALING JAYA - NGO Bersih 2.0 menggesa polis menghalang perhimpunan baju merah daripada diadakan pada masa dan lokasi sama dengan Bersih 5, Sabtu ini.

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, ini bagi mengelakkan timbul keganasan yang dilakukan penyokong baju merah pada hari tersebut.

"Kami setuju bahawa baju merah ada hak untuk berhimpun tetapi mereka sering bawa keganasan. Disebabkan itu mereka tidak seharusnya berhimpun pada hari dan lokasi yang sama dengan Bersih.

"Masih ada masa untuk polis ambil tindakan sekarang dan menghalang keganasan yang sudah menjadi amalan biasa baju merah," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Menurut Maria, beliau kecewa apabila tiada tindakan diambil terhadap penyokong baju merah yang melakukan keganasan dalam konvoi Bersih 5, sebelum ini.

"Laporan polis telah dibuat oleh penyokong Bersih yang dipukul, kereta dirosakkan dan diganggu gerakan baju merah. 

"Namun, kami tidak nampak sebarang tindakan daripada pihak berkuasa," dakwanya.

Sementara itu, bekas Pengerusi Bersih 2. 0, Datuk S Ambiga berkata, terdapat peruntukan dalam Seksyen 18 Akta Perhimpunan Aman yang tidak membenarkan perhimpunan balas terhadap sesuatu perhimpunan.

"Peruntukan tersebut menyebut bahawa jika pegawai yang menjaga daerah polis menerima satu pemberitahuan bagi perhimpunan balas dan jika ternyata penganjuran perhimpunan balas itu akan menyebabkan pertelingkahan antara peserta-peserta himpunan, pegawai yang menjaga daerah tersebut hendaklah memberikan alternatif untuk perhimpunan balas itu diadakan pada masa, tarikh dan tempat lain," katanya.

Katanya, perhimpunan yang dianjurkan baju merah jelas merupakan perhimpunan balas terhadap Bersih 5.

"Mereka sendiri beritahu, baju merah ada kerana Bersih ada. Jadi saya gesa polis teliti semula peruntukan ini.

"Ia menjadi mandatori untuk polis menghalang jika ada bukti baju merah akan sebabkan kekacauan. Kegagalan berbuat demikian hanya akan memberi masalah kepada polis," katanya.


Demikianlah Artikel Polis perlu halang Baju Merah berhimpun

Sekianlah artikel Polis perlu halang Baju Merah berhimpun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis perlu halang Baju Merah berhimpun dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/11/polis-perlu-halang-baju-merah-berhimpun.html

Subscribe to receive free email updates: