Polis perlu arah Baju Merah pilih tarikh lain - BERSIH

Polis perlu arah Baju Merah pilih tarikh lain - BERSIH - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis perlu arah Baju Merah pilih tarikh lain - BERSIH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis perlu arah Baju Merah pilih tarikh lain - BERSIH
link : Polis perlu arah Baju Merah pilih tarikh lain - BERSIH

Baca juga


Polis perlu arah Baju Merah pilih tarikh lain - BERSIH

18/11/16
Polis perlu mengarahkan kumpulan anti-BERSIH supaya mengadakan perhimpunan pada tarikh berbeza memandangkan mereka mengakui bahawa ia adalah perhimpunan balas.

BERSIH dalam satu kenyataan hari ini berkata adalah menjadi tanggungjawab pihak berkuasa untuk menyediakan tarikh, masa dan tempat alternatif untuk perhimpunan balas itu sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 18 Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012.

"Gerakan Baju Merah yang diketuai oleh (Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri) Jamal Md Yunos telah, dari awal, mengakui tindakan mereka sebagai perhimpunan balas, khususnya untuk membantah BERSIH.
"BERSIH akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis pada Sabtu, 19 Nov ini.

"Kami menggesa pihak polis supaya tidak menggunakan gas pemedih mata atau menangkap mana-mana peserta kami kerana kami telah mematuhi undang-undang," kata ahli jawatankuasa pemandu BERSIH dalam satu kenyataan.

BERSIH akan mengadakan perhimpunan kali kelima esok di Dataran Merdeka yang menuntut pelaksanaan pembaharuan pilihan raya dan demokrasi, dan khususnya, supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan berhubung skandal 1MDB.

Sebagai tindak balas, Jamal berikrar akan menentang BERSIH5 dengan kumpulan Baju Merah yang diterajuinya yang telah mengganggu konvoi hujung minggu BERSIH di seluruh negara.

“Dengan pembebasan reman ini, saya isytiharkan peperangan secara habis-habisan dengan kumpulan BERSIH5.
“Penahanan saya tidak sedikit pun melemahkan semangat saya dan selepas ini, saya akan gerakkan seluruh jentera baju merah di seluruh negara untuk menggempur dan berperang dengan BERSIH5 yang cukup-cukup menjadi dajal dalam negara kita ini,” katanya selepas dibebaskan.

BERSIH juga berkata mahkamah semalam merujuk Seksyen 18 dalam keputusannya untuk menafikan permohonan injuksi menghalang perhimpunan tersebut sebagai alasan tambahan kepada polis untuk mengarahkan Jamal supaya menjadualkan semula perhimpunan balasnya.


Demikianlah Artikel Polis perlu arah Baju Merah pilih tarikh lain - BERSIH

Sekianlah artikel Polis perlu arah Baju Merah pilih tarikh lain - BERSIH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis perlu arah Baju Merah pilih tarikh lain - BERSIH dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/11/polis-perlu-arah-baju-merah-pilih.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :