PERMAINAN SERU HANTU BAWA PADAH

PERMAINAN SERU HANTU BAWA PADAH - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PERMAINAN SERU HANTU BAWA PADAH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PERMAINAN SERU HANTU BAWA PADAH
link : PERMAINAN SERU HANTU BAWA PADAH

Baca juga


PERMAINAN SERU HANTU BAWA PADAH


Ouija Origin Of Evil


Filem seram sememangnya tidak pernah gagal menarik perhatian penonton ke panggung. Biarpun, pelbagai genre filem di pawagam, namun filem seram tetap mencuri perhatian.

Terbaru, sebuah lagi filem dari genre serupa, Ouija Origin Of Evil bakal memberi pengalaman seram berbeza kepada penonton.

Biarpun filem arahan Milk Flanagan ini merupakan prekuel kepada Ouija (2014), namun jalan ceritanya bukanlah kesinambungan daripada naskhah terdahulu, sebaliknya tampil dengan konflik baharu yang lebih mendebarkan.

Filem yang menggunakan latar masa 1960-an ini mengisahkan Alice Zander (Elizabeth Reaser), seorang ibu tunggal yang menyara kehidupannya dengan berpura-pura dalam aktiviti paranormal.

Dibantu dua anak perempuannya, Lina (Annalise Basso) dan Doris (Lulu Wilson), Alice menyusun rancangan memperdaya pelanggan agar percaya dia pakar berhubung dengan mereka yang meninggal dunia.

Suatu hari, Alice terjumpa papan Ouija yang berisi angka, huruf dan simbol di mana ia dipercayai sering digunakan untuk berkomunikasi dengan roh. Alice teruja mendapatkan papan tersebut untuk dijadikan gimik kepada sesi perantaranya dengan roh si mati bagi menambahkan keyakinan pelanggan yang berurusan dengannya.

Namun tanpa disangka, papan Ouija itu sebenarnya bakal membawa bencana kepada keluarganya apabila permainan itu tanpa sengaja memanggil roh jahat kembali bangkit dan menjadikan anaknya Doris sebagai perantara.

Untuk sebuah filem seram, filem ini berjaya membawa elemen tersebut dengan baik. Flanagan berjaya menggunakan kreativitinya dalam mewujudkan rasa ingin tahu penonton.

Secara keseluruhan, filem lakonan Elizabeth Reaser, Annalise Basso dan Lulu Wilson berbaloi ditonton terutama kepada peminat filem seram.

Ouija Origin of Evil
Pengarah: Milk Flanagan
Pelakon: Elizabeth Reaser, Annalise Basso, Lulu Wilson, Henry Thomas, Doug Jones
Genre: Seram/Thriller
Durasi: 99 minit
Klasifikasi: P13
Tayangan: 3 November
Bintang: 3.5 bintang




Demikianlah Artikel PERMAINAN SERU HANTU BAWA PADAH

Sekianlah artikel PERMAINAN SERU HANTU BAWA PADAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PERMAINAN SERU HANTU BAWA PADAH dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/11/permainan-seru-hantu-bawa-padah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :