PERHIMPUNAN AGUNG 2016 MEDAN PACU UMNO HADAPI PRU-14

PERHIMPUNAN AGUNG 2016 MEDAN PACU UMNO HADAPI PRU-14 - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PERHIMPUNAN AGUNG 2016 MEDAN PACU UMNO HADAPI PRU-14, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PERHIMPUNAN AGUNG 2016 MEDAN PACU UMNO HADAPI PRU-14
link : PERHIMPUNAN AGUNG 2016 MEDAN PACU UMNO HADAPI PRU-14

Baca juga


PERHIMPUNAN AGUNG 2016 MEDAN PACU UMNO HADAPI PRU-14




Kuala Lumpur - Perhimpunan Agung UMNO 2016, yang akan membuka tirainya esok, menjadi platform terpenting parti politik terbesar Melayu ini memperkukuh solidariti dan mencatur strategi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Diperkatakan sebagai perhimpunan yang terakhir sebelum pilihan raya umum akan datang, pertemuan tahunan di Pusat Dagangan Dunia Putra yang akan dihadiri 5,732 perwakilan kali ini dinantikan banyak pihak yang mahu melihat apakah hala tuju UMNO dalam arena politik tempatan.

Berlatar belakang cabaran yang datang dari dalam dan luar parti serta pelbagai isu yang membelenggu rakyat, perhimpunan agung parti tunjang Barisan Nasional (BN) kali ini perlu menangani segala permasalahan yang timbul untuk membentuk mentaliti menang dan mengekalkan tampuk pemerintahan.

Fokus menghadapi PRU itu pastinya menjadi topik hangat yang akan disentuh oleh jurucakap-jurucakap yang mengambil bahagian sama ada semasa membahaskan ucapan dasar ketua sayap pergerakan masing-masing ataupun ucapan dasar presiden.

Dua pemimpin tertinggi UMNO, Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menjangkakan bahawa tumpuan perhimpunan kali ini akan menekankan mengenai ke arah kemenangan UMNO dan BN pada PRU akan datang.

Menegaskan pentingnya semangat mentaliti menang ini dibentuk dalam kalangan anggota parti, Hishammuddin dalam wawancara khas menjelang perhimpunan berkata: "Perkara yang penting sekarang dalam UMNO kita kena bersatu, kena bersiap sedia untuk pilihan raya umum akan datang, rumah tangga kita perlu diperbetulkan dan saya berharap suasana dan perjalanan perhimpunan kali ini menjurus ke arah itu.

"Itu saya rasa penting dan boleh menjadi perkara 'take away' kepada perwakilan, perkara yang boleh dibawa balik ke bahagian masing-masing selepas perhimpunan itu."

Mengenai perjalanan perhimpunan itu, Tengku Adnan berkata tahun ini menyaksikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merasmikan serentak perhimpunan agung ketiga-tiga sayap - Wanita, Pemuda dan Puteri.

Tengku Adnan berkata perhimpunan kali ini akan turut disertai 300 perwakilan Mahasiswa Nasional dan 78 perwakilan Kelab UMNO Luar Negara, serta 44 pemerhati luar negara mewakili 12 parti politik dari 10 negara.

Seramai 1,193 petugas media daripada 48 agensi termasuk tiga agensi antarabangsa akan membuat liputan pada perhimpunan kali ini.

Sebanyak 681 usul diterima dari 191 Bahagian UMNO dengan 510 diterima dan dikategorikan mengikut kluster iaitu politik, sosial, agama, pendidikan dan ekonomi.




Demikianlah Artikel PERHIMPUNAN AGUNG 2016 MEDAN PACU UMNO HADAPI PRU-14

Sekianlah artikel PERHIMPUNAN AGUNG 2016 MEDAN PACU UMNO HADAPI PRU-14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PERHIMPUNAN AGUNG 2016 MEDAN PACU UMNO HADAPI PRU-14 dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/11/perhimpunan-agung-2016-medan-pacu-umno.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :