Pendatang Israel pindah, kebakaran merebak ke Tebing Barat

Pendatang Israel pindah, kebakaran merebak ke Tebing Barat - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pendatang Israel pindah, kebakaran merebak ke Tebing Barat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pendatang Israel pindah, kebakaran merebak ke Tebing Barat
link : Pendatang Israel pindah, kebakaran merebak ke Tebing Barat

Baca juga


Pendatang Israel pindah, kebakaran merebak ke Tebing Barat

 | November 27, 2016
Pihak berkuasa Zionis berkata lebih 12 orang ditangkap kerana disyaki memulakan kebakaran besar yang berlaku sejak Khamis lalu.
israel-fire
JERUSALEM: Kebakaran di kawasan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat yang dijajah rejim Zionis menyebabkan ratusan pendatang meninggalkan kediaman masing-masing selepas pemindahan besar-besaran di kawasan lain di Israel.

Pihak berkuasa Zionis berkata lebih 12 orang ditangkap kerana disyaki memulakan kebakaran besar yang berlaku sejak Khamis lalu.
Bomba Israel dan Palestin dengan dibantu pesawat asing berusaha memadamkan puluhan kebakaran liar yang diburukkan dengan musim kering dan angin kencang.

Dalam kebakaran terbaru, 1,000 penduduk penempatan Yahudi di Halamaish berhampiran Ramallah terpaksa berpindah selepas 45 rumah rosak atau musnah akibat terbakar, kata jurucakap polis rejim berkenaan.
Kebakaran juga berlaku berhampiran penempatan Yahudi di Dolev, Alfei Menashe dan Karnei Shomron, semuanya di Tebing Barat.

Pesawat pemadam kebakaran dari Israel dan beberapa negara termasuk Rusia, Turki, Greece, Perancis, Sepanyol dan Kanda terus menjatuhkan bertan-tan air di kawasan itu termasuk di perkampungan Nafatf, hampir dengan Jerusalem.
Jurucakap polis berkata usaha besar-besaran dapat mengawal kebakaran di Nataf pada petang semalam, membolehkan penduduk kembali ke rumah.
Sebuah pesawat Supertanker dari Amerika Syarikat baru tiba, dianggap sebagai pesawat pemadam kebakaran terbesar di dunia, turut serta operasi kecemasan itu.

Polis berkata mereka menahan 14 orang disyaki cuai dan memulakan kebakaran tetapi tidak memberikan identiti mereka.
Di Haifa, bandar ketiga terbesar Israel, puluhan ribu penduduk yang dipindahkan Khamis lalu, mula kembali ke rumah masing-masing untuk menilai kerosakan.
Pemimpin Zionis berkata, mereka mengesyaki kebakaran itu sengaja dilakukan penduduk Arab Israel atau Palestin.

Bagaimanapun, pemimpin masyarakat Arab Israel menyangkal dakwaan itu dengan berkata, penduduk keturunan Arab yang mewakili 17.5% populasi Israel juga terjejas akibat kebakaran berkenaan.
Pihak berkuasa Palestin turut menyertai usaha memadamkan kebakaran dengan menghantar 41 anggota bomba dan 8 trak ke Haifa, tempat kira-kira 200 keluarga hilang tempat tinggal.
FMT


Demikianlah Artikel Pendatang Israel pindah, kebakaran merebak ke Tebing Barat

Sekianlah artikel Pendatang Israel pindah, kebakaran merebak ke Tebing Barat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pendatang Israel pindah, kebakaran merebak ke Tebing Barat dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/11/pendatang-israel-pindah-kebakaran.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :