#PAU2016: PEMUDA UMNO AKAN ROMBAK EXCO - KJ

#PAU2016: PEMUDA UMNO AKAN ROMBAK EXCO - KJ - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul #PAU2016: PEMUDA UMNO AKAN ROMBAK EXCO - KJ, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : #PAU2016: PEMUDA UMNO AKAN ROMBAK EXCO - KJ
link : #PAU2016: PEMUDA UMNO AKAN ROMBAK EXCO - KJ

Baca juga


#PAU2016: PEMUDA UMNO AKAN ROMBAK EXCO - KJ


KJ: Pemuda Umno akan rombak exco


Kuala Lumpur - Pemuda Umno akan merombak biro Exco pergerakan itu awal tahun depan sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata, melalui struktur baharu rombakan itu, semua biro akan disatukan dan biro yang kurang relevan dengan PRU14 akan direhatkan.

"Di negeri dan bahagian, saya akan arah untuk buat yang sama. Kerja kita bermula hari ini adalah 100 peratus ke arah pilihan raya," katanya semasa menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya Pemuda Umno perlu bersedia dalam mod perang memandangkan perhimpunan kali ini berkemungkinan besar adalah yang terakhir sebelum PRU14.

Beliau berkata keutamaan mereka perlu jelas dan cita-cita untuk mendapatkan jawatan dalam parti perlu disimpan dahulu kerana tanpa kuasa politik yang datang dalam bentuk mandat rakyat, segala pangkat dan jawatan dalam parti tidak bermakna. 

"Tk guna cari populariti dalam kelompok kecil tetapi tidak dapat membantu mempengaruhi kemenangan parti dalam pilihan raya. Jangan menang sorak perwakilan, tetapi Umno dan BN habis tergadai," katanya.

Justeru, Khairy berkata, sempena perhimpunan ini, semboyan perlu dibunyikan, gendang perang dipalu dan wisel permulaan ditiup untuk memberi arahan kepada jentera dan keseluruhan anggota parti untuk sedia menggempur, sedia berlawan dan memastikan kemenangan BN dalam PRU14 demi kelangsungan perjuangan bangsa.

Beliau berkata, Pemuda Umno tidak boleh bersifat satu dimensi sahaja atau bising-bising tin kosong, sebaliknya perlu membawa identiti baharu dalam memperkenalkan Qiyadah Fikriyah atau kepimpinan berfikir.

Khairy berkata, ia boleh dilakukan dengan mencambahkan idea dan penyelesaian untuk golongan muda supaya mereka terus yakin bahawa mereka boleh menyandarkan harapan kepada Pemuda Umno.

Sementara itu, keanggotaan Pemuda Umno bertambah seramai 21,618 orang antara Januari sehingga 30 Oktober lepas, menjadikan jumlah keseluruhan seramai 620,506 orang.

Sabah menjadi negeri yang mempunyai ahli Pemuda terbanyak iaitu 88,799, manakala bagi peringkat bahagian dan cawangan ialah Bahagian Kemaman, Terengganu (9,198) dan Cawangan, Kampung Batu Putih di Libaran, Sabah (600).

Sumber



Demikianlah Artikel #PAU2016: PEMUDA UMNO AKAN ROMBAK EXCO - KJ

Sekianlah artikel #PAU2016: PEMUDA UMNO AKAN ROMBAK EXCO - KJ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel #PAU2016: PEMUDA UMNO AKAN ROMBAK EXCO - KJ dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/11/pau2016-pemuda-umno-akan-rombak-exco-kj.html

Subscribe to receive free email updates: