Judul : PANDANGAN TUN HAMID PERLU DIFAHAMI SEBAIK MUNGKIN
link : PANDANGAN TUN HAMID PERLU DIFAHAMI SEBAIK MUNGKIN
PANDANGAN TUN HAMID PERLU DIFAHAMI SEBAIK MUNGKIN
Tak perlu jawatan kuasa pemilihan
Tun Abdul Hamid Mohamad
SHAH ALAM - Jawatankuasa pemilihan yang terdiri daripada ahli parlimen Islam dan bukan Islam daripada pihak kerajaan dan pembangkang tidak perlu diwujudkan.
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid berkata, pindaan RUU 355 itu hanya untuk membolehkan Dun membuat undang-undang itu tidak ada kena mengena dengan pembahagian bidang kuasa mahkamah sivil dan mahkamah syariah.
Menurut beliau, pindaan akan melibatkan kesalahan-kesalahan dalam bidang kuasa mahkamah syariah, sementara bidang kuasa mahkamah sivil tidak tersentuh langsung.
"Soal pembahagian bidang kuasa antara kedua-dua mahkamah itu tidak berbangkit langsung. Mengapa pembahagian bidang kuasa kedua-dua mahkamah itu hendak ‘diperhaluskan’.
“Mengenai kebimbangan orang bukan Islam, ini juga tidak berasas. Jika pindaan itu diluluskan dan selepas itu Dun membuat undang-undang dan ia hanya melibatkan orang Islam. Apa yang orang bukan Islam hendak bimbang?,” soalnya, semalam.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa jawatankuasa pemilihan itu diharap dapat memperhalusi semua aspek yang menjadi kebimbangan kepada ahli parlimen bukan Islam sama ada dalam BN atau pembangkang agar kedua-dua pihak dapat berbahas dan berbincang.
Tun Abdul Hamid berkata, antara sebab jawatankuasa pemilihan tidak perlu diwujudkan ialah perlembagaan negara digubal hakim-hakim berpengalaman dari empat buah negara.
“Mereka cukup faham pembahagian kuasa antara Persekutuan dan negeri dan menggubal bidang kuasa mahkamah sivil dan syariah sesuai dengannya.
"Misalnya, undang-undang jenayah dan kesalahan-kesalahan ‘suruhan agama Islam’ dan kuasa mengeluarkan ‘surat kuasa mentadbir’ dan probet (probate) oleh mahkamah sivil dan kuasa menentukan undang-undang Islam (hukum syarak) dalam pembahagian pusaka,” katanya.
Tegasnya, yang menyebabkan masalah ialah kerana salah faham, tidak faham mengenainya atau sengaja mahu mengambil alih bidang kuasa Mahkamah Persekutuan dan mahkamah sivil.
“Saya harap Ahmad Zahid tidak teruskan cadangannya itu. Beliau boleh hubungi saya untuk mendapat nasihat undang-undang percuma dalam hal ini.
“Kerajaan dan Parlimen sepatutnya menumpukan perhatian kepada cadangan yang saya buat 20 tahun lalu untuk mengatasi masalah bidang kuasa yang berbangkit terdiri dari tiga perkara.
Pertama salah satu pihak dalam kes mal terletak dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah orang bukan Islam ,kedua dalam sesuatu kes di mahkamah Sivil di mana terdapat isu Hukum Syarak dan ketiga dalam sesuatu kes di Mahkamah Syariah di mana terdapat isu undang-undang sivil,” jelasnya.
Demikianlah Artikel PANDANGAN TUN HAMID PERLU DIFAHAMI SEBAIK MUNGKIN
Sekianlah artikel PANDANGAN TUN HAMID PERLU DIFAHAMI SEBAIK MUNGKIN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PANDANGAN TUN HAMID PERLU DIFAHAMI SEBAIK MUNGKIN dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/11/pandangan-tun-hamid-perlu-difahami.html