Judul : ORANG LAIN NAMPAK APA YANG HADI TAK NAMPAK ?
link : ORANG LAIN NAMPAK APA YANG HADI TAK NAMPAK ?
ORANG LAIN NAMPAK APA YANG HADI TAK NAMPAK ?
ADAKAH TANGGUH ITU MENANDAKAN SUATU KELEMAHAN ATAU TIDAK BERSEDIA ? SEDANGKAN PERKARA RUU INI BUKAN SUATU YANG BARU, ATAU ADAKAH IANYA SUATU MAINAN POLITIK ?. KETIDAK MAMPUAN RUU INI ATAU KETIDAK KEMASNYA RUU INI MENYEBABKAN HADI MEMOHON TANGGUHAN ?RASANYA JIKA SESUATU ITU DIANGGAP PENTING UNTUK UMAT ISLAM MAKA KELIHATAN PEMBENTANG USUL INI KELIHATAN LEMAH, ATAU ADA PERMOHONAN DISEBALIK TABIR DARI ORANG BUKAN ISLAM KERANA ADA URA-URA MEREKA AKAN SOKONG JIKA MEREKA MEMAHAMI RUU TERSEBUT. SEKALIPUN IA TIDAK TERTAKLUK KEPADA YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM
JIKA KITA TELITI RUU DAN ORANG YANG BUAT PEMBENTANGAN INI SEOLAH-OLAH ADA YANG DIRAHSIAKAN KEPADA ORANG RAMAI, APA YANG TAK KENA ????? - Pak Karamu
'Tangguh bukan sebab bantahan bukan Islam'
Takiyuddin Hassan
KUALA LUMPUR - Penangguhan huraian pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355 ke sesi sidang Dewan Rakyat akan datang tiada kaitan dengan bantahan orang bukan Islam.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, sebaliknya ia bagi memberikan peluang terutama kepada ahli parlimen untuk lebih memahami pindaan itu.
"Kalau kita lihat dalam dewan, tiada ahli parlimen bukan Islam yang menentang. Saya terkejut walaupun digembar-gemburkan kepimpinan parti politik bukan Islam menentang pindaan RUU ini, tetapi hari ini (semalam) Presiden MCA, Presiden Gerakan ada.
"Saya tabik sebab mereka gunakan saluran demokrasi untuk benarkan bentang dulu. Kalau nak bantah, buat masa perbahasan," katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai permohonan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar huraian pindaan RUU 355 dibuat sesi akan datang.
Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, Abdul Hadi akan memberi huraian lengkap dalam sidang Mac ini mengenai justifikasi dan asas pindaan tersebut.
"Kalau buat (bahas) hari ini (semalam), nanti kita dikatakan tidak beri peluang untuk kaji pula. Ini pindaan pertama dan kita baru masukkan (pindaan) hari ini.
"Kalau kita dah letakkan pindaan awal-awal mungkin tiada masalah (untuk faham)," katanya.
Ditanya mengenai cadangan agar jawatankuasa pemilihan ditubuhkan, Takiyuddin berkata, ia hanya dibolehkan selepas bacaan pertama.
"Jika kerajaan nak buat jawatankuasa, kita setuju. Tetapi buat masa ini tak boleh buat sebab tarafnya hanya usul persendirian.
"Jadi kita tunggulah lepas bacaan pertama, kita akan gesa kerajaan untuk buat jawatankuasa," katanya.
Demikianlah Artikel ORANG LAIN NAMPAK APA YANG HADI TAK NAMPAK ?
Sekianlah artikel ORANG LAIN NAMPAK APA YANG HADI TAK NAMPAK ? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel ORANG LAIN NAMPAK APA YANG HADI TAK NAMPAK ? dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/11/orang-lain-nampak-apa-yang-hadi-tak.html