Nafi Timbalan Presiden Pas letak jawatan

Nafi Timbalan Presiden Pas letak jawatan - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nafi Timbalan Presiden Pas letak jawatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nafi Timbalan Presiden Pas letak jawatan
link : Nafi Timbalan Presiden Pas letak jawatan

Baca juga


Nafi Timbalan Presiden Pas letak jawatan

Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim
KUANTAN - “Ini berita palsu," demikian tegas Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabbar ketika ditanya mengenai dakwaan bahawa Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bakal keluar daripada parti itu berikutan isu dana RM90 juta dialirkan kepada pemimpin tinggi parti tersebut.

Menurutnya, dakwaan sedemikian adalah untuk mewujudkan persepsi buruk terhadap Tuan Ibrahim.
“Bagi saya, ini adalah pembohongan semata-mata dan ia sangat tidak masuk akal. Kami baru sahaja bersama dalam retreat Pas Pusat dalam merangka strategi PRU14. Jadi hentikan sebar berita palsu seperti ini,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau berkata, Pas menerusi Tuan Ibrahim berulang kali menafikan penerimaan wang tersebut.
Pada 6 Ogos lalu, Sarawak Report menerbitkan artikel yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merayu Pas agar menjauhi gabungan pembangkang, dengan menyatakan RM90 juta dialirkan kepada pemimpin tertinggi parti itu selama beberapa bulan bagi tujuan tersebut.

Sarawak Report yang berpangkalan di London dikendalikan oleh Claire Rewcasatle-Brown, yang didakwa Najib adalah sebahagian daripada konspirator untuk menggulingkan beliau daripada kuasa.

Bagaimanapun, pada 8 Ogos lalu, Tuan Ibrahim mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak Report kerana mendakwa berita itu palsu dan berniat jahat, selain agenda untuk terus mengaitkannya dengan Umno.
“Tidak pasti apa matlamat fitnah laporan Sarawak Report ini, selain hendak mengaitkan Pas dengan Umno.

“Apa pun, Pas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap laporan tersebut yang jelas mempunyai niat jahat dan mencemarkan nama baik parti serta dasar Islam yang sememangnya menjadi teras kepada perjuangan Pas,” katanya.


Demikianlah Artikel Nafi Timbalan Presiden Pas letak jawatan

Sekianlah artikel Nafi Timbalan Presiden Pas letak jawatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nafi Timbalan Presiden Pas letak jawatan dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/11/nafi-timbalan-presiden-pas-letak-jawatan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :