Judul : MUHYIDEEN MEMBAYANGKAN PENJARA
link : MUHYIDEEN MEMBAYANGKAN PENJARA
MUHYIDEEN MEMBAYANGKAN PENJARA
Muhyiddin sedia hadapi segala kemungkinan
Muhyiddin tiba di pekarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman beri keterangan berhubung ucapannya mengenai 1MDB. – Foto Sinar Harian SHARIFUDDIN ABD RAHIM
KUALA LUMPUR - Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersedia menghadapi segala kemungkinan yang dikenakan terhadapnya termasuklah tindakan perundangan.
Bagaimanapun, menurutnya, beliau harap tidak menerima nasib sama seperti Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang dihukum penjara 18 bulan selepas didapati bersalah memiliki dan mendedahkan laporan pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Mac lepas.
"Saya harap tidak akan menjadi seperti Rafizi kerana saya mempunyai hak untuk bercakap di Parlimen," katanya.
Menurutnya, Parlimen merupakan tempat terbaik untuknya sebagai ahli parlimen untuk menyentuh mengenai hal ehwal negara.
"Saya mempunyai imuniti. Apa yang disebutkan dalam berbahasan Bajet 2017 itu adalah bagi memastikan urusan hal ehwal negara berjalan dengan betul," katanya.
Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, beliau hanya mempunyai niat baik agar perkara yang ditimbulkan sebelum ini diberi perhatian oleh kerajaan.
"Kita tidak mahu negara berdepan dengan pelbagai masalah," katanya selepas meluangkan masa dua jam memberi keterangan di Bukit Aman sebentar tadi.
Muhyiddin merupakan antara tiga bekas menteri kabinet yang dipanggil memberi keterangan kepada polis berhubung dakwaan mendedahkan maklumat sulit kerajaan mengenai 1MDB pada sidang Dewan Rakyat.
Sebelum ini, bekas menteri kewangan kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan bekas menteri pembangunan wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut hadir memberi keterangan di Bukit Aman namun sesi keterangan Ahmad Husni ditangguhkan pada tarikh yang belum ditentukan.
Demikianlah Artikel MUHYIDEEN MEMBAYANGKAN PENJARA
Sekianlah artikel MUHYIDEEN MEMBAYANGKAN PENJARA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel MUHYIDEEN MEMBAYANGKAN PENJARA dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/11/muhyideen-membayangkan-penjara.html