Minyak masak subsidi botol bakal diperkenal

Minyak masak subsidi botol bakal diperkenal - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Minyak masak subsidi botol bakal diperkenal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Minyak masak subsidi botol bakal diperkenal
link : Minyak masak subsidi botol bakal diperkenal

Baca juga


Minyak masak subsidi botol bakal diperkenal

minyak masak
Gambar hiasan.
KUALA LUMPUR - Minyak masak bersubsidi di dalam botol berisipadu satu liter akan diperkenalkan dalam masa terdekat ini, kata Menteri  Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Beliau berkata pengenalan minyak masak itu sebagai usaha kementerian memberi pilihan kepada pengguna membeli minyak masak bersubsidi dalam botol atau dalam pek (paket).

Ketika ini bahan itu terdapat hanya dalam bentuk paket.
"Minyak masak dalam botol ini pastinya harga akan lebih mahal daripada dalam pek.

"Kos menyediakan minyak dalam pek kurang daripada 10 sen, manakala dalam botol melebihi 40 sen. Ini perlu difahami," kata beliau.
"Saya dah berjumpa dengan 'repackers' (pembungkus) pada Rabu. Saya nak pastikan berapa orang mampu buat ini dan baru saya umumkan pengeluarannya apabila semua sudah dipersetujui," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menutup Forum Pengguna VI 2016 anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini hari ini.
Sebelum ini, kementerian berkenaan mengumumkan, mulai 1 November harga minyak masak di dalam botol dijual mengikut harga ditetapkan oleh pengeluar manakala harga minyak masak paket satu kilogram kekal pada RM2.50.

Forum bertemakan 'Gerakkan Kuasa Pengguna' itu dihadiri hampir 1,000 peserta dari seluruh negara yang menampilkan beberapa anggota panel seperti Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan dan Presiden Transparency International Malaysia Datuk Akhbar Satar.

Terdahulu, dalam ucapan perasmian penutup forum tersebut, Hamzah mengumumkan peruntukan RM5 juta kepada koperasi kendalian PPIM yang akan diwujudkan tidak lama lagi.

Hamzah berkata peruntukan itu sebagai tabung modal pusingan koperasi tersebut yang bertujuan membantu menangani masalah pinjaman kepada peminjam wang tidak berlesen seperti 'along'.

"Saya dapat aduan ahli-ahli PPIM banyak kena tipu dengan 'along' maka saya minta mereka tubuhkan koperasi dan melalui koperasi ini saya tak mahu mereka buat lagi pinjaman dengan 'along' dan mengalami masalah di masa hadapan," katanya. –Bernama


Demikianlah Artikel Minyak masak subsidi botol bakal diperkenal

Sekianlah artikel Minyak masak subsidi botol bakal diperkenal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Minyak masak subsidi botol bakal diperkenal dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/11/minyak-masak-subsidi-botol-bakal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :