Memahami Visi George Soros & ‘Open Society’

Memahami Visi George Soros & ‘Open Society’ - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Memahami Visi George Soros & ‘Open Society’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Memahami Visi George Soros & ‘Open Society’
link : Memahami Visi George Soros & ‘Open Society’

Baca juga


Memahami Visi George Soros & ‘Open Society’

 

 
soros-foundations

Laman Open Society Foundation (OSF) menyebut misi mereka ke arah membina masyarakat yang terbuka, iaitu masyarakat yang toleran dan kerajaan yang bertanggungjawab terhadap penyertaan semua pihak tanpa mengira bangsa, agama dan gender.


“Kami berusaha untuk mengukuhkan kedaulatan undang-undang; menghormati hak asasi manusia, golongan minoriti dan kepelbagaian pendapat; kerajaan yang dipilih secara demokratik; dan masyarakat sivil yang membantu mengekalkan kuasa kerajaan sebagai penyemak.”

Ideologi yang dipegang oleh kumpulan mereka adalah hak asasi manusia, maruah dan kedaulatan undang-undang.

“Kami percaya dalam menangani ketidaksamaan yang merentasi banyak baris, termasuk bangsa, kelas, jantina, orientasi seksual, dan kewarganegaraan.”

Menurut wikipedia, ‘Open Society’ atau Masyarakat Terbuka adalah satu konsep yang dipelopori oleh ahli falsafah Yahudi Perancis, Henri Bergson pada tahun 1932 dan dikembangkan lagi oleh ahli falsafah British Karl Popper semasa Perang Dunia Kedua.

Popper menakrifkan masyarakat terbuka berlaku apabila individu memilih keputusan peribadinya sendiri berbanding dengan keputusan yang dibuat oleh masyarakat secara kolektif.

Dalam pengertian moden, politik kebebasan dan hak asasi manusia adalah asas kepada sebuah masyarakat terbuka.



Wikipedia turut menyebut pemilik OSF, George Soros adalah pengikut kepada Popper.

Soros dilaporkan berkata di samping keperluan untuk pengasingan kuasa, kebebasan bersuara, dan pilihan raya yang bebas, komitmen yang tinggi perlu dilakukan untuk mencapai kebenaran.

Namun, ‘kebenaran’ yang dimaksudkan Soros itu bersifat abstraks dan subjektif.

Laporan AIM mendedahkan Calvina Fay dari Yayasan Bebas Dadah Amerika Syarikat telah mengisytiharkan Soros sebagai “individu yang paling jahat” kerana berusaha untuk mendapatkan undang-undang yang sah berkaitan dengan penggunaan dadah berbahaya.

Fay berkata Soros adalah seorang ateis, merupakan penaja utama Parti Demokratik, penyebab kemunculan puak berhaluan kiri, dan bertanggungjawab memusnahkan nilai tradisi keluarga Amerika Syarikat.

Soros, disabitkan kesalahan kerana menjalankan perniagaan secara rahsia di Perancis, merupakan spekulator kewangan yang memanipulasi mata wang negara-negara di dunia sehingga menjadikan dirinya seorang hartawan.

“Sebahagian daripada kekayaannya, dianggarkan berjumlah $7 bilion, telah disalurkan kepada kumpulan pejuang hak pengguguran bayi, hak gay (homoseksual), kebebasan menggunakan dadah haram secara sah di sisi undang-undang, hak mengundi bagi penjenayah, euthanasia (perbuatan mematikan seseorang yang menanggung azab penyakit yang tidak dapat disembuhkan lagi), dan hak untuk imigran serta pelacur,” lapor AIM

Satu lagi bidang pelik yang dilakukan Soros adalah simpatismenya kepada aktiviti pelacuran.

“Dengan menggunakan alasan untuk menyelesaikan masalah AIDS, pelacur yang disokong Soros telah mendesak ‘hak’ mereka,”lapornya.

Menurut AIM, topik ini mungkin agak asing kepada mereka yang tidak biasa dengan agenda Soros, namun itu adalah hakikat sebenarnya.

“Rancangan Soros adalah menjadikan pelacuran sebagai sesuatu yang sah di sisi undang- undang dan kemudiannya kondom akan dibekalkan secara percuma.

“Dan salah satu kuasa utama di sebalik pergerakan ini adalah Projek Kesihatan dan Hak-hak Seks yang dianjurkan oleh Open Society Institute (OSI), “lapornya lagi



Demikianlah Artikel Memahami Visi George Soros & ‘Open Society’

Sekianlah artikel Memahami Visi George Soros & ‘Open Society’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Memahami Visi George Soros & ‘Open Society’ dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/11/memahami-visi-george-soros-open-society_3.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :