LETAK KERUSI 'BOOKING' PARKIR

LETAK KERUSI 'BOOKING' PARKIR - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul LETAK KERUSI 'BOOKING' PARKIR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : LETAK KERUSI 'BOOKING' PARKIR
link : LETAK KERUSI 'BOOKING' PARKIR

Baca juga


LETAK KERUSI 'BOOKING' PARKIR


Letak kerusi ‘booking’ parkir


Johor Bahru – Tindakan segelintir penjaja di Jalan Kuning, Taman Pelangi, di sini, meletakkan kerusi sebagai isyarat tidak membenarkan kenderaan lain meletakkan kereta di petak berkenaan mengundang rasa tidak puas hati orang ramai.

Rata-rata pengguna jalan yang ditemui kesal sikap sesetengah penjaja di kawasan itu yang melakukannya atas tujuan kepentingan mereka semata-mata.

Pengadu, Azhad Lazim, 34, berkata, ia menyusahkan pihak lain yang mahu meletakkan kenderaan mereka sekiranya mempunyai urusan di kawasan itu.

“Bukan setakat satu atau dua kerusi, tetapi lebih daripada itu. Laluan di sini boleh dikatakan sibuk terutama pada hari bekerja dan ada masa memang sukar nak cari parkir.

“Kalau dia letak kadang-kadang sampai empat, lima kerusi, ia menimbulkan masalah pada kita untuk banyak kali berpusing sedangkan banyak petak parkir kosong.

Jelas Azhad, beliau bimbang untuk meletakkan kenderaan di bahu jalan berikutan tidak mahu perkara tidak diingini berlaku.

“Kalau parkir di bahu jalan, kenderaan besar macam lori atau bas nak lalu boleh bergesel. Tidak pasal-pasal kena bayar baiki kereta.

“Lagipun, pemandu boleh kena saman dengan pihak berkuasa atau boleh 'diangkut' pihak majlis,” katanya.

Fauzan Nusilan, 42, turut meluahkan masalah sama malah katanya ia berlarutan lebih tiga bulan di kawasan itu.

“Saya bekerja di kawasan ini dan isu ini melibatkan semua pengguna yang mahu keselesaan. Malah, saya pernah melihat pertengkaran kecil pengguna dengan penjaja terlibat,” katanya.

Dalam pada itu, Datuk Bandar Johor Bahru, Abdul Rahim Nin berkata, isu itu sememangnya diakui berlaku di mana-mana.

“Majlis Bandaraya Johor Bahru akan melakukan pantauan ke kawasan yang diadu untuk diambil tindakan.

“Saya akan arahkan anggota supaya pergi ke tempat aduan untuk angkat semua barang yang didakwa menghalang pengguna meletakkan kenderaan di kawasan parkir itu,” katanya.




Demikianlah Artikel LETAK KERUSI 'BOOKING' PARKIR

Sekianlah artikel LETAK KERUSI 'BOOKING' PARKIR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel LETAK KERUSI 'BOOKING' PARKIR dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/11/letak-kerusi-booking-parkir.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :