Lelaki Gila Seks Ini Gosok Kemaluan Pada Wanita Dalam LRT

Lelaki Gila Seks Ini Gosok Kemaluan Pada Wanita Dalam LRT - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lelaki Gila Seks Ini Gosok Kemaluan Pada Wanita Dalam LRT, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lelaki Gila Seks Ini Gosok Kemaluan Pada Wanita Dalam LRT
link : Lelaki Gila Seks Ini Gosok Kemaluan Pada Wanita Dalam LRT

Baca juga


Lelaki Gila Seks Ini Gosok Kemaluan Pada Wanita Dalam LRT

Foto: Facebook Syima Mohamad


SEORANG pengguna Facebook memberi peringatan kepada orang ramai khususnya golongan wanita yang menggunakan pengangkutan awam supaya lebih berhati-hati berikutan insiden hitam yang menimpanya selepas mendakwa dirinya diganggu secara seksual oleh seorang lelaki.

Menerusi kemaskini di laman Facebooknya, mangsa, Syima Mohamadmendakwa telah dicabul oleh seorang lelaki yang tidak dapat dipastikan warganegaranya ketika beliau menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dalam perjalanan dari stesen Universiti menuju ke Bangsar di ibu negara, pada Selasa lalu.

Dalam keadaan LRT yang penuh sesak, Syima mendakwa lelaki ‘gila seks’ yang berkaca mata itu bertindak mencabulnya dengan menggosok kemaluan pada badannya.

“Wanita, tolong lebih berwaspada dan cuba jauhi lelaki ini. Hari ini (Selasa) dia memakai baju bewarna kelabu dan berkaca mata. Cuba ingat wajahnya.

“Dia cuba melakukan gangguan seksual terhadap saya dalam LRT Putra hari ini dengan menggosok kemaluannya pada saya. Astaghfirullah. Tak pasti dia datang dari mana tetapi tolong ingat muka lelaki ini. Dia berhenti di stesen (LRT) Bangsar,” tulis Syima dalam entrinya, 8 November lalu.

Status yang dimuat naik Syima sehingga hari ini mendapat perkongsian lebih 3,752 dan 3,100 ‘like’ daripada pengguna Facebook.

Syima turut memuat naik dua keping foto suspek yang sempat dirakam olehnya ketika insiden berlaku, yang mana memaparkan keadaan di dalam tren kelihatan begitu padat dengan orang ramai.

Terkejut dengan perbuatan jijik lelaki terbabit, Syima dengan kuat menjeri ke arah suspek sambil memberi peringatan kepada pengguna wanita lain supaya berhati-hati dan tidak berada dekat dengan suspek.

Bagaimanapun, apa yang lebih mengecewakan Syima, jeritannya itu tidak diendahkan oleh penumpang lain apabila dia mendakwa tiada siapa yang datang membantunya.

"Tapi sedih...tiada seorang manusia pun yang membantu, biar betul?

“Sesetengah orang mungkin fikir saya ‘meroyan’, tetapi dengar ini, saya tidak berasa malu, yang patut malu adalah lelaki setan ini

“Saya, dari sudut lain berasa bangga kerana saya tidak berdiri kaku membiarkan diri diperlakukan seperti itu. Saya bangkit memperjuangkan maruah dan harga diri saya di kala yang lain tidak endah dengan apa yang terjadi,” tegasnya.

Oleh hal itu, Syima menyeru semua pihak khususnya golongan wanita supaya tidak berdiam diri jika berdepan dengan insiden gangguan seksual.

“Ia adalah satu kesalahan. Tolong, ambil tindakan dan lindungi diri kamu. Gangguan seksual bukan perkara yang boleh diketawakan,” katanya.





Demikianlah Artikel Lelaki Gila Seks Ini Gosok Kemaluan Pada Wanita Dalam LRT

Sekianlah artikel Lelaki Gila Seks Ini Gosok Kemaluan Pada Wanita Dalam LRT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lelaki Gila Seks Ini Gosok Kemaluan Pada Wanita Dalam LRT dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/11/lelaki-gila-seks-ini-gosok-kemaluan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :