Judul : Kerajaan jangan salah guna Sosma: Tuan Ibrahim
link : Kerajaan jangan salah guna Sosma: Tuan Ibrahim
Kerajaan jangan salah guna Sosma: Tuan Ibrahim
Sinar Harian
20 November 2016
Tuan Ibrahim Tuan Man
SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man, menyifatkan penahanan Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) adalah tidak betul dan keterlaluan.
Menurutnya, kerajaan pernah memberi jaminan bahawa tidak akan menyalahgunakan undang-undang bagi tujuan politik.
“Kerajaan pernah memberi jaminan bahawa ISA, Sosma dan undang-undang lain tidak akan disalahgunakan oleh kerajaan bagi tujuan politik dan yang tidak ada kena-mengena dengan keselamatan dalam negeri.
“Oleh itu, Pas menggesa pihak berkuasa berlaku adil kepada Maria Chin dan membebaskan beliau segera daripada penahanan di bawah Sosma,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Sebelum ini, Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin ditahan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di bawah Akta Sosma dan perkara itu disahkan oleh peguamnya semalam.
[ARTIKEL BERKAITAN: Maria Chin ditahan di bawah Sosma]
Tambahnya lagi, beliau meminta agar kerajaan tidak mengulangi kesilapan yang sama ketika menggunakan Sosma terhadap Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Mathhias Chang kerana melaporkan isu 1MDB serta menegaskan bahawa parti tersebut menentang kezaliman.
“Pas konsisten menentang sebarang bentuk kezaliman dan salah guna kuasa terhadap sesiapa pun,” katanya lagi.
Demikianlah Artikel Kerajaan jangan salah guna Sosma: Tuan Ibrahim
Sekianlah artikel Kerajaan jangan salah guna Sosma: Tuan Ibrahim kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kerajaan jangan salah guna Sosma: Tuan Ibrahim dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/11/kerajaan-jangan-salah-guna-sosma-tuan.html