Judul : Kartunis Zunar Ditahan Polis Kerana Menghasut
link : Kartunis Zunar Ditahan Polis Kerana Menghasut
Kartunis Zunar Ditahan Polis Kerana Menghasut
Kartunis politik Zulkiflee Anwar Ulhaque ditangkap kerana menghasut selepas mengadakan pameran kartun yang didakwa menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Zunar turut ditahan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan penghinaan yang disengajakan dengan niat untuk mencetuskan pecah keamanan.
Terdahulu beliau diminta memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Timur Laut di Jalan Pattani.
Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, polis kini akan merampas karya-karya Zulkiflee atau lebih dikenali sebagai Zunar.
"Polis kini akan pergi ke Komtar bersama-sama dengan Zunar untuk merampas semua karya-karya beliau. Lokasi adalah di Asia Comic Muzium Komtar aras 3," kata Sim.
ADUN Seri Delima RSN Rayer mewakili Zunar.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Meor Farid Alatrash mengesahkan penangkapan itu.
"Dia akan ditahan 24 jam untuk membantu siasatan .. jika siasatan tidak lengkap, kita akan mendapatkan perintah reman esok pagi," katanya.
Demikianlah Artikel Kartunis Zunar Ditahan Polis Kerana Menghasut
Sekianlah artikel Kartunis Zunar Ditahan Polis Kerana Menghasut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kartunis Zunar Ditahan Polis Kerana Menghasut dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/11/kartunis-zunar-ditahan-polis-kerana.html