Judul : KALAU TUDUHAN ITU SATU FITNAH, SAMANLAH !
link : KALAU TUDUHAN ITU SATU FITNAH, SAMANLAH !
KALAU TUDUHAN ITU SATU FITNAH, SAMANLAH !
Soros terlibat Bersih hanya tuduhan, kata Tun M
Tun Dr Mahathir
PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa penglibatan jutawan mata wang, George Soros dalam Bersih hanyalah satu tuduhan dalam cubaan membatalkan perhimpunan tersebut.
Menurutnya, beliau juga lebih mengutamakan tunjuk perasan pada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berbanding mengambil kira hal kewangan kumpulan Bersih ini.
“Sungguhkah? Nampak ke ada sumbangan? Perkara ini tidak boleh disahkan dan hanyalah satu tuduhan.
“Buat masa ini saya hanya fokuskan dengan tunjuk perasaan pada Najib dan tidak terlibat dengan punca kewangan kumpulan ini.
“Lagipun saya merasakan ini merupakan modus operandi mereka untuk membatalkan perhimpunan Bersih nanti,” katanya ketika ditemui di Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini.
Sebelum ini, terdapat laporan media mendakwa satu kumpulan asing dipengerusikan jutawan Soros membiayai beberapa organisasi tempatan dalam programnya mempengaruhi keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
[ARTIKEL BERKAITAN: Siasat dakwaan George Soros biaya Bersih]
Selain itu, Mahathir juga turut membalas cabaran Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu, Datuk Jamal Md Yunus yang mencabar beliau kemukakan bukti mengenai dakwaan beliau terhadap Najib.
“Banyak bukti saya dah tunjuk, kini giliran saya punya bertanya pada dia, mana dia dapat duit?
"Adakah dia membayar cukai atau pun tidak?” katanya lagi.
Demikianlah Artikel KALAU TUDUHAN ITU SATU FITNAH, SAMANLAH !
Sekianlah artikel KALAU TUDUHAN ITU SATU FITNAH, SAMANLAH ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KALAU TUDUHAN ITU SATU FITNAH, SAMANLAH ! dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/11/kalau-tuduhan-itu-satu-fitnah-samanlah.html