Jufazli orang yang ikhlas dan bijak, kata rakan

Jufazli orang yang ikhlas dan bijak, kata rakan - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jufazli orang yang ikhlas dan bijak, kata rakan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jufazli orang yang ikhlas dan bijak, kata rakan
link : Jufazli orang yang ikhlas dan bijak, kata rakan

Baca juga


Jufazli orang yang ikhlas dan bijak, kata rakan

 | November 11, 2016
Pemuda Sabah yang juga anak kepada ahli Umno itu kini disiasat kerana lantang mengkritik pentadbiran kerajaan negeri Sabah menerusi posting di Facebook.
Jufazli-Shi-Ahmad
PETALING JAYA: Jufazli Shi Ahmad – bekas mahasiswa sarjana Universiti Kebangsaan Malaysia yang ditahan minggu ini kerana posting di Facebook mengkritik kerajaan Sabah digambarkan sebagai individu “bijak” oleh mereka yang mengenalinya.

Berita penahanannya menjadi viral di media sosial. Pemuda berusia 26 tahun itu mengasaskan Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah, satu kumpulan mengumpulkan golongan belia yang sebelum ini mendedahkan dakwaan perbuatan rasuah membabitkan pemimpin Sabah.

Ibu bapa Jufazli adalah ahli Umno. Beliau juga penulis buku mendokumentasikan dakwaan salah laku bekas ketua menteri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, dengan tajuk “Membina Empayar”.

Jufazli, mempunyai kira-kira 40,000 pengikut di Facebook dan aktif memuat naik pandangannya, kritikan dan pendedahan mengenai kerajaan negeri Sabah yang diterajui Barisan Nasional.
Seorang bekas rakan universitinya yang enggan dinamakan berkata Jufazli seorang pembahas yang aktif ketika di Universiti Malaysia Sabah dan pernah mewakili universiti.

“Dia bukan saja aktif di Facebook, tapi turut menyertai program amal bila dia pulang ke Sabah,” katanya, tetapi menambah dia tidak tahu sama ada Jufazli ada menyertai mana-mana parti politik atau tidak, di sebalik kritikan lantangnya terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

“Penahanannya ada unsur politik. Pihak berkuasa tidak sepatutnya menyiasat dia tetapi siasat isu rasuah yang dibangkitkan,” katanya kepada FMT.
“Saya tidak pasti apa sejarah antara dia dan Musa, tetapi kritikannya terhadap Musa menyebabkan dia terkenal,” kata seorang lagi rakan yang enggan nama didedahkan.

“Saya percaya dia ikhlas dalam perjuangannya. Saya sedih pihak berkuasa menahannya sedangkan mereka sepatutnya fokus kepada menyiasat pendedahannya,” katanya.

Peguam Wan Anwar Wan Ibrahim yang mewakili Jufazli berkata anak guamnya akan dipindahkan ke Kota Kinabalu, Sabah hari ini.
Dia disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menghasut, Seksyen 4(10) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Demikianlah Artikel Jufazli orang yang ikhlas dan bijak, kata rakan

Sekianlah artikel Jufazli orang yang ikhlas dan bijak, kata rakan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jufazli orang yang ikhlas dan bijak, kata rakan dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/11/jufazli-orang-yang-ikhlas-dan-bijak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :