JADI USTAZ PUNYA PASAL

JADI USTAZ PUNYA PASAL - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul JADI USTAZ PUNYA PASAL, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : JADI USTAZ PUNYA PASAL
link : JADI USTAZ PUNYA PASAL

Baca juga


JADI USTAZ PUNYA PASAL

Mahkamah tolak rayuan Khalid Samad
Khalid Samad
Khalid Samad

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak rayuan Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman untuk mencabar keperlembagaan peruntukan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (negeri Selangor) 2003.

Hakim Datuk Vernon Ong Lam Kiat yang mempengerusikan panel tiga hakim berkata mahkamah bersetuju dengan hujah Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan bahawa perkara itu sepatutnya dikemukakan terus ke Mahkamah Persekutuan dan ia tidak seharusnya difailkan dengan cara semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi.    

Beliau menolak rayuan tanpa perintah berkaitan kos.   Khalid didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Klang atas kesalahan mengajar tanpa tauliah di Surau Taman Semanta, Klang, pada 16 Ogos 2011, mengikut Seksyen 119 enakmen itu.   

Mahkamah Syariah memerintahkan Khalid untuk membela diri selepas mendapati pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap beliau.    

Khalid kemudian mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keperlembagaan peruntukan yang dakwaannya dikenakan ke atas beliau, dengan mendakwa Seksyen 119 menyalahi Perkara 11 (1) dan Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau menamakan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) sebagai responden dalam permohonannya untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman itu.    

Khalid memohon perintah certiorari untuk membatalkan pertuduhan yang dikenakan terhadapnya dan suatu printah larangan untuk menahan MAIS daripada meneruskan pendakwaan terhadap beliau di Mahkamah Syariah.    

Pada 28 Mac tahun ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan Khalid untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman atas alasan permohonan itu adalah remeh dan menyusahkan, serta bertujuan melengah-lengahkan perbicaraan Khalid di Mahkamah Syariah.    

Terdahulu, peguam Nadzratun Naim Hammad Azizi, yang mewakili Khalid, berhujah bahawa perkara itu tidak seharusnya dikemukakan terus ke Mahkamah Persekutuan disebabkan anak guamnya hanya mencabar keperlembagaan peruntukan dan bukan mencabar kuasa dewan undangan negeri.    

Nadzratun Naim dibantu peguam Sharifah Nur Asmaa' Syed Azman.    

Suzana, yang mewakili Mais, berhujah bahawa Khalid seharusnya menggunakan Perkara 4 (3) dan Perkara 4 (4) Perlembagaan Persekutuan untuk terlebih dahulu memohon kebenaran daripada seorang hakim Mahkamah Persekutuan sebelum meneruskan tindakan undang-undangnya itu di Mahkamah Persekutuan. - Bernama


Demikianlah Artikel JADI USTAZ PUNYA PASAL

Sekianlah artikel JADI USTAZ PUNYA PASAL kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel JADI USTAZ PUNYA PASAL dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/11/jadi-ustaz-punya-pasal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :