Judul : Hadi tak kata runding dengan Pakatan Harapan... akhbar tambah, kata Nik Abduh
link : Hadi tak kata runding dengan Pakatan Harapan... akhbar tambah, kata Nik Abduh
Hadi tak kata runding dengan Pakatan Harapan... akhbar tambah, kata Nik Abduh
Presiden Pas tidak pernah menyatakan kesediaan untuk berunding dengan Pakatan Harapan bagi memastikan formula satu lawan satu pada pilihan raya umum akan datang, jelas Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Malah menurut Ahli parlimen Pasir Mas itu, kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu bersetuju dengan konsep satu lawan satu seperti yang diharapkan pembangkang lain untuk pilihan raya depan tidak merujuk kepada Pakatan Harapan.
"Beliau buat kenyataan umum bahawa Pas memang setuju kalau diadakan satu lawan satu, dua penjuru dan asasnya kita setuju.
"Namun perbincangan itu tidak merujuk kepada perbincangan Pakatan Harapan. Pakatan Harapan itu akhbar saja tambah," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.
Menurutnya, Pas hanya berminat untuk berunding dengan parti-parti lain secara spesifik dan hanya akan mengadakan rundingan dengan pihak yang tidak ada rekod buruk terutamanya ketika bersama dalam Pakatan Rakyat.Beliau menambah, kenyataan yang dibuat Abdul Hadi tidak langsung menyebut DAP sebaliknya merujuk kepada pihak yang tidak pernah mengganggu urusan dalaman Pas.
Read More / Baca Lagi >>
Demikianlah Artikel Hadi tak kata runding dengan Pakatan Harapan... akhbar tambah, kata Nik Abduh
Sekianlah artikel Hadi tak kata runding dengan Pakatan Harapan... akhbar tambah, kata Nik Abduh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Hadi tak kata runding dengan Pakatan Harapan... akhbar tambah, kata Nik Abduh dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/11/hadi-tak-kata-runding-dengan-pakatan.html