Di Mana Umno Ketika Nazri Sindir TMJ

Di Mana Umno Ketika Nazri Sindir TMJ - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Di Mana Umno Ketika Nazri Sindir TMJ, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Di Mana Umno Ketika Nazri Sindir TMJ
link : Di Mana Umno Ketika Nazri Sindir TMJ

Baca juga


Di Mana Umno Ketika Nazri Sindir TMJ

Syed Saddiq heret insiden TMJ, Nazri selepas dikritik Umno

 

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyindir Umno dengan mengungkit telatah parti itu tatkala Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz menegur Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Umno ketika itu, ujar beliau, tidak pula melabel Nazri sebagai seorang yang biadap, malah ada juga di kalangan pemimpinnya yang mempertahankan kenyataan ahli Parlimen Padang Rengas itu.

"Saya nak tanya, di manakah Umno apabila TMJ disindir oleh Nazri, Umno tidak sekali pun label beliau sebagai seorang yang biadap.

"Malah ada juga yang mempertahankan kenyataan yang dikeluarkan oleh Nazri," kata Syed Saddiq sebagai mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno bahagian Tebrau, Datuk Syahrin Md Jamaludin yang menyifatkannya sebagai 'mentah'.

Syahrin juga menasihatkan Syed Saddiq agar jangan biadap kerana mempersoalkan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dalam laporan oleh Sinar Harian Online.

Terdahulu, Nazri dikecam warga netizen kerana menegur TMJ agar tidak campur tangan dalam urusan politik negara.

Teguran Nazri itu dibuat setelah laman Facebook pasukan bola sepak Johor memetik kenyataan TMJ yang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak hadir dalam dialog dengan NGO sekitar bulan Jun yang lalu.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, pemimpin Umno Tebrau itu dinasihatkan untuk tidak menunjukkan sikap talam dua muka dan tidak menjadi seorang hipokrit.

"Panggillah saya mentah kerana budak mentah inilah yang akan berjuang untuk menjatuhkan UMNO dan BN demi negara tercinta.

"Saya karangkan satu surat yang menggunakan bahasa istana dan memastikan surat tersebut mencerminkan budaya budi bahasa di Malaysia.

"Hormat itu tetap. Rakyat dan Raja berpisah tiada," jelasnya lagi.

- malaysiakini




Demikianlah Artikel Di Mana Umno Ketika Nazri Sindir TMJ

Sekianlah artikel Di Mana Umno Ketika Nazri Sindir TMJ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Di Mana Umno Ketika Nazri Sindir TMJ dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/11/di-mana-umno-ketika-nazri-sindir-tmj.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :