[DAPAT ILHAM DARI JAMAL] Sanjeevan pun nak naik helikopter tinjau "Istana Mantin"

[DAPAT ILHAM DARI JAMAL] Sanjeevan pun nak naik helikopter tinjau "Istana Mantin" - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [DAPAT ILHAM DARI JAMAL] Sanjeevan pun nak naik helikopter tinjau "Istana Mantin", kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [DAPAT ILHAM DARI JAMAL] Sanjeevan pun nak naik helikopter tinjau "Istana Mantin"
link : [DAPAT ILHAM DARI JAMAL] Sanjeevan pun nak naik helikopter tinjau "Istana Mantin"

Baca juga


[DAPAT ILHAM DARI JAMAL] Sanjeevan pun nak naik helikopter tinjau "Istana Mantin"


Mendapat ilham daripada kerenah Datuk Jamal Yunos, kini pengerusi MyWatch sedang pertimbangkan untuk menjemput media menaiki helikopter meninjau mahligai didakwa milik ketua polis negara (KPN) di Mantin.
Datuk R Sri Sanjeevan berkata Jamal yang juga ketua Baju Merah memberikannya idea untuk turut menggunakan helikopter bagi meninjau rumah Tan Sri Khalid Abu Bakar.
“Terima kasih kepada Jamal, dia beri saya idea yang mungkin saya boleh bawa media naik helikopter tinjau Istana Mantin.
“Saya masih pertimbangkan naik helikopter itu, jadi tunggu dan lihat,” katanya dan menambah ada banyak lagi butiran akan didedahkan tidak lama lagi.
Sanjeevan berkata demikian kepada FMT selepas soal siasat polis di Bukit Aman hari ini susulan dakwaannya mengenai Istana Mantin dan beberapa tuduhan lain dibuat terhadap pasukan polis menerusi posting di blog.
Istana Mantin ialah mahligai bernilai RM5.5 juta di Kampung Gebok in Mantin, Negeri Sembilan dan menurut Sanjeevan ia dimiliki ketua polis negara.
Khalid sebelum ini menafikan tuduhan itu, mendakwa ia dibuat susulan tindakan yang diambil pihak berkuasa terhadap Sanjeevan.
Khalid berkata beliau menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat perkara itu dan tidak akan respons terhadap “keterdesakan” Sanjeevan.
Sanjeevan berkata beliau pada mulanya menjangkakan jawapan daripada Khalid, tetapi menyerahkannya kepada SPRM untuk menyiasat perkara itu.
“Saya harap dan mendesak SPRM menjalankan siasatan terhadap mahligai RM5.5 juta di Mantin,” katanya.
Beliau juga mengingatkan Khalid untuk memberi tumpuan kepada keutamaannya, bukan menangani pemberi maklumat saja.
“Anda sepatutnya membanteras jenayah, bukan berlawan dengan pencegah jenayah dan pemberi maklumat seperti saya.
“Ada banyak kes polis patut siasat dan mereka tidak menangani jenayah dalam negara,” katanya.
Sanjeevan berdepan sekurang-kurangnya 14 pertuduhan jenayah termasuk pemalsuan, penipuan, fitnah dan pengubahan wang haram.
Beliau ditahan kali pertama pada 22 Jun kerana memeras ugut RM25,000 “wang perlindungan” daripada pengendali kedai judi.
Bulan berikutnya dia ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (Poca) 1959, yang kemudian diikuti beberapa siri tahanan atas pelbagai kesalahan.
Pada Ogos, Sanjeevan sekali lagi ditahan kerana memeras ugut pemilik pusat permainan.
Minggu lalu, polis merampas beberapa kereta dari rumah Sanjeevan sebagai sebahagian siasatan mereka yang masih berjalan. - FMT



Demikianlah Artikel [DAPAT ILHAM DARI JAMAL] Sanjeevan pun nak naik helikopter tinjau "Istana Mantin"

Sekianlah artikel [DAPAT ILHAM DARI JAMAL] Sanjeevan pun nak naik helikopter tinjau "Istana Mantin" kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [DAPAT ILHAM DARI JAMAL] Sanjeevan pun nak naik helikopter tinjau "Istana Mantin" dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/11/dapat-ilham-dari-jamal-sanjeevan-pun.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :