Judul : Bersih 5: Tun Mahathir berkemungkinan akan dipanggil polis - Nur Jazlan
link : Bersih 5: Tun Mahathir berkemungkinan akan dipanggil polis - Nur Jazlan
Bersih 5: Tun Mahathir berkemungkinan akan dipanggil polis - Nur Jazlan
RANTAU PANJANG: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed tidak menolak kemungkinan bekas perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad akan dipanggil polis kerana menyertai himpunan Bersih 5 semalam.
Katanya sekiranya penyertaan bekas pemimpin negara itu bersama rakannya menyemarakkan kehadiran peserta Bersih, pihak polis tidak teragak-agak memanggil beliau atau menahannya.
“Dalam kes Dr Mahathir ini kita hormati dia sebagai ‘stateman’ pemimpin negara, tetapi kalau dia melampaui batas kita kena ambil tindakan saya tidak menolak kemungkinan tersebut (dipanggil polis) tetapi dia hendak kita tangkap dia, tetapi kita tidak akan termasuk dalam perangkap dia,” kata Nur Jazlan di sidang media selepas melakukan lawatan di CIQ Rantau Panjang di sini petang tadi.
Nur Jazlan turut memaklumkan tidak menolak kemungkinan terdapat beberapa lagi individu akan dipanggil polis kerana menyertai Bersih 5.
Dia turut memperjelaskan mengenai penahanan Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
“SOSMA ini adalah sebenarnya undang undang yang memudahkan pelaksanaan undang-undang sedia ada. Dia bukan boleh dakwa orang, dia menyenangkan cara hendak tangkap orang dan lepas itu kita dakwa di mahkamah,” jelasnya lagi.
Demikianlah Artikel Bersih 5: Tun Mahathir berkemungkinan akan dipanggil polis - Nur Jazlan
Sekianlah artikel Bersih 5: Tun Mahathir berkemungkinan akan dipanggil polis - Nur Jazlan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bersih 5: Tun Mahathir berkemungkinan akan dipanggil polis - Nur Jazlan dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/11/bersih-5-tun-mahathir-berkemungkinan.html