Judul : Badminton: Malaysia Tewaskan Thailand 3-1, Mara Ke Final Remaja Dunia
link : Badminton: Malaysia Tewaskan Thailand 3-1, Mara Ke Final Remaja Dunia
Badminton: Malaysia Tewaskan Thailand 3-1, Mara Ke Final Remaja Dunia
Malaysia berjaya mara ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Remaja Dunia bagi acara berpasukan campuran apabila mengalahkan Thailand 3-1 dalam aksi separuh akhir di Bilbao, Sepanyol sebentar tadi.Bagaimanapun, Thailand terlebih dulu meraih mata apabila berjaya memenangi perlawanan beregu campuran selepas pasangan negara, Ooi Zi Heng-Pearly Koong tumpas 22-20, 20-22, 12-21 kepada Pakin Kuna Anuvit-Laisuan Ruethaichanok.
Kedudukan terikat 1-1 apabila perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menumpaskan Kanthapon Wangcharoen 21-18, 21-13.
Malaysia berjaya mendahului 2-1 selepas jaguh perseorangan wanita negara yang juga penyandang juara remaja dunia, Goh Jin Wei berjaya mengalahkan Pornpawee Chochuwong 21-12, 21-15.
Pasangan beregu lelaki negara, Chen Tang Jie-Man Wei Chong muncul wira apabila menghadiahkan mata kemenangan selepas mengalahkan Panachai Worasaktayanan-Warit Sarapat 21-18, 21-12.
Menanti Malaysia di perlawanan akhir (9 malam ini waktu Malaysia) ialah juara bertahan, China yang mengalahkan Jepun 3-0 dalam satu lagi aksi separuh akhir.
Kali terakhir Malaysia muncul juara acara berpasukan campuran di Kejohanan Remaja Dunia pada 2011 dan meraih tempat kedua pada 2009.
Demikianlah Artikel Badminton: Malaysia Tewaskan Thailand 3-1, Mara Ke Final Remaja Dunia
Sekianlah artikel Badminton: Malaysia Tewaskan Thailand 3-1, Mara Ke Final Remaja Dunia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Badminton: Malaysia Tewaskan Thailand 3-1, Mara Ke Final Remaja Dunia dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/11/badminton-malaysia-tewaskan-thailand-3.html