AZMIN DIDAKWA TAK AMANAH, BERBOHONG

AZMIN DIDAKWA TAK AMANAH, BERBOHONG - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul AZMIN DIDAKWA TAK AMANAH, BERBOHONG, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : AZMIN DIDAKWA TAK AMANAH, BERBOHONG
link : AZMIN DIDAKWA TAK AMANAH, BERBOHONG

Baca juga


AZMIN DIDAKWA TAK AMANAH, BERBOHONG


Azmin Ali


Shah Alam - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diselar kerana berbohong dalam kenyataannya berhubung cadangan pelantikan bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Tan Sri Shukry Mohd Salleh sebagai Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Datuk Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) berkata, kegagalan Mohamed Azmin memberitahu Dewan Undangan Negeri (Dun) bahawa kenyataannya berhubung isu itu adalah tidak benar amat memalukan setelah menimbulkan perkara tersebut pada 3 November lalu.

"Dia (Mohamed Azmin) hadir dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja tetapi dia tidak amanah dan bohong pada Dun dengan mengatakan majlis itu menolak cadangan nama Shukry sedangkan nama itu tidak dibawa pun dalam mesyuarat berkenaan malah beliau sepatutnya tidak boleh mendedahkan perkara berkaitan dengan mesyuarat itu.

"Apabila diminta beliau memperjelaskan kenyataannya, dia gagal. Mohamed Azmin guna Majlis Raja-Raja untuk dapatkan sokongan rakyat...mana integriti menteri besar?" katanya kepada pemberita di lobi Dun di sini semalam.

Pada 3 November lalu, ketika sesi perbahasan Dun, Mohamed Azmin dilapor mendakwa Barisan Nasional (BN) mempergunakan SPR dengan mendedahkan cadangan untuk melantik Shukry sebagai Timbalan Pengerusi SPR.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata cadangan berkenaan tidak diterima oleh Majlis Raja-Raja.

Pengarah Media Pejabat Perdana Menteri (PMO), Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad dalam satu kenyataan pula berkata, kertas cadangan pelantikan Shukry sebagai timbalan pengerusi SPR tidak dibentang dan dibincang semasa mesyuarat itu.

Tengku Sariffuddin menjelaskan bahawa kertas cadangan bagi tujuan itu telah ditarik balik dan telah dimaklum kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad sebelum Mesyuarat Majlis Raja-Raja bersidang.

Dalam perkembangan lain, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan (BN-Batang Kali) kesal dengan tindakan Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh yang menerima usul Datuk Teng Chang Khim (DAP-Sungai Pinang) supaya beliau dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Selangor.

Tindakan itu adalah susulan kenyataan Mat Nadzari dalam sidang Dun pada 1 November lalu bahawa terdapat kemungkinan wujudnya niat untuk tidak mengiktiraf sistem Raja Berperlembagaan dan institusi diraja oleh sebahagian komponen dalam pentadbiran Mohamed Azmin. 

"Saya dah semak perenggan ucapan saya itu dan ia merupakan pertanyaan yang perlu diberikan penerangan oleh Menteri Besar.

"Menteri besar hanya perlu jawab ya atau tidak. Ucapan saya itu merujuk kepada kebarangkalian dan kemungkinan sahaja," katanya.

Sementara itu, Hannah berkata, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan yang dipengerusikan beliau akan mengadakan sesi pendengaran dalam beberapa minggu akan datang untuk memanggil Mat Nadzari memberi penjelasan.

"Jawatankuasa ini kemudian akan menyediakan penyata dan dibentang serta dibahaskan dalam sidang DUN akan datang dengan cadangan hukuman yang wajar dikenakan terhadap beliau sekiranya didapati bersalah," katanya dalam sidang media selepas sidang dewan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditentukan kelak.




Demikianlah Artikel AZMIN DIDAKWA TAK AMANAH, BERBOHONG

Sekianlah artikel AZMIN DIDAKWA TAK AMANAH, BERBOHONG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel AZMIN DIDAKWA TAK AMANAH, BERBOHONG dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/11/azmin-didakwa-tak-amanah-berbohong.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :