Judul : Ada Lagi Ke Pemimpin UMNO Macam Khaled..?
link : Ada Lagi Ke Pemimpin UMNO Macam Khaled..?
Ada Lagi Ke Pemimpin UMNO Macam Khaled..?
Kalau ada pun yang masih belum makan dedak..! yang masih mengangkat maruah parti..! yang masih bergelumang untuk mempertahankan parti..! Tentu Khaled boleh dijadikan contoh..! Itu sebab hubungan KL dan Johor sejak Khaled menjadi MB asyik suam suam kuku kaki ajer..!
MB Johor: PRU14 akan tentukan hidup, mati Umno
Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah perjuangan 'hidup atau mati' bagi Umno berikutan serangan demi serangan yang dihadapi parti itu pada masa ini.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata parti tidak boleh memandang ringan akan serangan itu kerana ia tidak hanya datang dari musuh tradisi Umno, malah daripada bekas-bekas rakan seperjuangan Umno sendiri.
"PRU akan datang merupakan PRU paling sengit dan akan menjadi penentu hidup matinya Umno dan kita perlu pertahankan parti ini lebih-lebih lagi pada saat ini, di mana kita berhadapan dengan cabaran yang berterusan.
"Umno pada hari ini menjadi bahan kritikan dan senda, yang menyerang kita bukan hanya musuh tradisi politik tetapi yang menyerang kita juga ialah mereka yang pernah bersama-sama dengan kita, menjadi sebahagian daripada kita, memimpin kita dan tahu cara kita bergerak, beroperasi dan berfikir," katanya.
Mohamed Khaled yang juga menteri besar Johor berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian persidangan tahunan veteran Umno bahagian-bahagian Johor 2016 yang dihadiri lebih 300 veteran di Johor Bahru.
Khaled tak mengampu..! Khaled berterus terang..! Dengan lambakan isu dan skandal yang melanda kepimpinan pastinya segala kotor dan hanyir akan memalitkan parti..! Dengan kesempitan hidup rakyat pasti akan mengundang marah dan kecewa pengundi..!
Khaled sedar bahawa parti di dalam keadaan yang sukar dipertahankan..! Khaled faham bahawa isu dan skandal yang melanda jika tidak di selesaikan pasti akan memudaratkan parti..! Khaled nampak bahawa 'kematian' parti semakin tidak mampu dielak jika pemimpin tetap menjadikan parti sebagai perisai dan pelindung untuk menyelamatkan diri sendiri..!
Malangnya hanya Khaled..! Khaled sendiri tidak akan mampu menukar pegangan dan anutan para pemakan dedak yang telah jauh tersasar niat dan cara perjuangan yang selama ini menjunjung agama, bangsa dan negara kepada menjunjung individu..!
Khaled tahu dan semua ahli parti serta rakyat jelata tahu dan lama sedar..!
Cuma pemakan dedak ajer yang tak sedar dan tak mahu sedar..!
Sedap makan dedak beb..! Itu yang asyik masyuk..!
Leka dan menghayalkan..! tahu tahu hanyut jer nanti..!
Hanyut kemana?
Lu Fikir La Sendiri!!!
Demikianlah Artikel Ada Lagi Ke Pemimpin UMNO Macam Khaled..?
Sekianlah artikel Ada Lagi Ke Pemimpin UMNO Macam Khaled..? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ada Lagi Ke Pemimpin UMNO Macam Khaled..? dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/11/ada-lagi-ke-pemimpin-umno-macam-khaled.html